Jom Kelik-Kelik !

Feb 28, 2011

Johan Maulidur Rasul 2011


Tips untuk mengambil gambar pada kali ini ialah:
Jika kita ingin kelihatan orang yang paling "kecil"di dalam gambar...ehem..ehemm...
menyoroklah dibelakang orang & haruslah kita menjadi objek yang
paling jauh...(hehee)

Pada hari Jumaat yang lepas ..aku ada Perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat UiTM bagi tahun 2011 . So korang aku tak payah nak citer-citer panjang sebab aku excited sangat nak bagitau yang Bahagian HEP termasuk i okay..JOHAN..yeyehh...JOHAN..yeyehh..
aku rasa menang sebab yang pompuan pakai riben kat kepala..so semua dah nampak macam muka2 remaja gituu..ehhh apsal korang buat muka camtu ? meluat errr..hee (memang patoot pun).

aku tenggek ajer kamera kat kepala aku masa aku ambik gambar ni ...aku kena duduk di barisan hadapan sebab spesis ayam katek biasalah kan..
amacam ? professionalkan aku ? (berlagak lagi) nampak cantik & ceriakan gambar tu walaupun ambik gambar secara terbalik?
korang maafkan aku yer ..sebab hari ini ialah
Hari Berlagak aku ..ngehngeh
masing-masing melemparkan senyuman bukan kerana tak selawat tau masa nie..masa ni kita orang kena ambik nafas duluu..
teknik pernafasan kena betul kerana nak kena berjalan dan berselawat dengan menaiki dan menuruni bukit bukau..hehee
bukan senang nak jadik Johan Contoh kepada staf-staf yang lain (sudahlah tu yon..cukup-cukuplah berlagak tu)

sebelum acara bermula...practise pegang bunga mangga


ini gambar tahun lepas punya sambutan Maulidur Rasul..Johan jugak..
(okay..okay tak berlagak lagi..ni last okay..last..last..hee..)

tapi yang pastinya tahun lepas nampak aku kecik sikitlah...huhuu..
(rendah diri semula ..tak nak berlagak dah ..dosa nanti)

ok. sekian...ehh ehh jap jap..

Haaa ?? apaaa?? Tahniah ??
okay ..okay ...terima kasih...

Feb 23, 2011

Lama tak makan Belimbing


Dah lama tak makan buah belimbing nih..sodap jugak erk. Sebenarnya aku ni kategori orang yang kurang makan buah-buahan..tapi sayur aku selalu makan. Buah belimbing ni kalau kita cidah dengan garam pehh..menangkap der..hee
kat atas tu muka zati tengah tahan masin sebab dia dah tercicah garam yang terlebih sudah..
APA KAU RASAA ? ORREEN? heee..
Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan (echeeh..) Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh sesiapa yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi...
(tanya uncle google lagi)
tapi kalau tak silap akulah kan, kalau kita dah cicah ngan garam tu hilanglah khasiatnya..cuma dapat sedap jerlah..
sesilap bertambah tekanan darah tinggi sebab dah telan banyak garam..
tak gitu korang?..

haaa muka zati dah kembali reda..
bye..
jangan keluar air liur yer korang...

Feb 18, 2011

Senangnya buat Pizza

haaa..nak bagitau korang yang aku ...
sudah berjaya membuat Pizza . laa senang jer ingatkan susah sangat..aku letak cheese, sosej, mushroom.  dan pelbagai lagi..sungguh enak & sedap tak hengat. aku buat pizza ni tak mengambil masa yang lama..aku buat pizza tu khas untuk zati sebab masa tu dia jer ada kat rumah. Ayah Poji keje & ijat ikut makwan jenjalan. aku pon rase cam tak percaya.ehh dah siap..okay lepas tu aku buat pizza yang seterusnya...
ehh. dah siap? haa aku buat lagiii..
lepas tuuu aku...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TeKan CLICK untuk Next PIzza

Dah siap!! senangkan ??


Jangan marah haaaa.......
(masa ni aku boring giler so aku join zati main game..
hehee susun-susun jerr..)

Feb 17, 2011

Peria SodaP

Hai korang..buat ape tu ?..sibuk ker....aku tengah free ni..ehh tercakap pulak..hehee..tak de free sangat (cover)..tapi kena pandai2lah curik masa kalau nak update blog kesayangan aku ni...
buat pengetahuan kamuuhh.....kamuuh...dan kamuuuhhh...
(sambil jari menunjuk ke arah korang dengan penuh manja...)
sekarang ni aku suka pulak makan peria katak ni..SODAP lah pulak..buek sambal tolo ...fuuhh itu ayah poji punya peberet tuu...(conpem 3 pinggan nyahhh...) boleh katakan sekarang ni kalau dalam seminggu tu..sekurang-kurang pun 1 atau 2 kali mesti masak peria. tak kiralah masak buat sambal ker atau pun yang berkuah..sebab apa tau..bila makan peria ni kira ada trill sket arr..
selalunya sayur2 yang biasa kita makan tu kan ..rase dia adalah rasa sayur sebenar..tapi kalau makan peria ni rasa dia
"Lemak-Lemak Pahit Manja"...gitewww..
tapi sebelum masak pastikan korang rendam dulu dengan air garam..

salah satu khasiatnya setelah aku refer dengan Uncle Google ialah, ianya boleh merawat kencing manis & jika sesape yang mempunyai
masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya.. (wah aku dah macam Pakar Pemakanan pulak) dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau.
tapi kita kena amalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Untuk sape yang darah dia kotor jerlah..darah yang putih bersih macam mahsuri tak yahlah..sesusahkan diri ..


haaa.....sedap tak? sedap tak?
yang pahit itu adalah ubat yer...haaa..ingat tu ...

kalau korang rasa korang dah termakan terlebih benda2 yang manis ni...
tolong tanya pada diri sendiri atau setidak2nya siapa rakan sebelah yang sedang menikmati hidangan yang maniisss tu...

tanya macam ni ....

fuyooo sedaplah..manisskan?...manis tak ???
mesti dorang jawab ..." ha ar manis...sedap.."

ko bagitau dia sikit jer..

cam ni...

"sedap kan...maniss..."
"MANIS_MANIS SI KENCING MANIS kan ?? "
Conpem terpadam selera...
heheee...

*ayat tu dari adinda pyan..sampai sekarang aku ingat....."
rasa tersengkang makanan aku tu kat tekak

Feb 16, 2011

Dah Macam Orang Hawai


Pada malam selepas MakWan (Nenek) Zati balik dari Medan, Indon. So, malamnya si zati menggayakan baju dari Medan.. siap dengan getah bunga kat kepala dan 'taboh" yang dibeli oleh MakWan nyer ...
daripada orang Batak..diulangi yer.. orang Batak okay..relax  relax jangan takut okay jer dia tak makan mak aku pon..dulu aku pergi pon dorang tak makan aku pon..ngehngehh..
betul2 minat senilah mak aku nih..siap beli taboh tu untuk letak kat depan gumah untuk dimain oleh cucu2 dia..
bila dah complete 5 orang cucu datang gumah..haaa ameekkkk...
macam ada orang kenduri kawin jer dalam rumah tu..


muka zati macam ni sebab ..dia nak tido ..tapi dia tahan mata dia...
masa ni dah tongah malam

tapi kelakar bila di ingat2kan budak ni kalau dia beri salam
dengan penuh berkeyakinan...


"ASSALAMUALAIKUM HIRABBIL AAALAAAMIIINNNN....."


Feb 14, 2011

Sape suruh gatal tambah Tepong ?


Sebenarnya gambar ni dah dekat sebulan dah kot.
Sebenarnya malu nak tunjukkat korang ..hehee
tapi disebabkan ianya boleh dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat insan2 yang diluar sana..maka aku tunjuk jugaklah.. untuk kepentingan bersama..
Ikhtibar ? macam dah buat jenayah besar pulak.

AKULAH ! gatai2 tambah tepong..dah tak jadik roti sosej aku ni tauuuu ..tengok tu..cantik jer aku selimut 'dorang" ..
(cantik pada aku sebenarnya tapi dulu belajar tak cenggini ..kiranya aku mereka cipta sendiri jer nih..ciptaan orang malas..main guuuluung jer)
masa tu aku dok tertanya2 kat diri sendiri..
nak tambah tak nak..nak tambah tak nak nih..last2 aku tangan aku ter"GATAL" sangat & disebabkan aku dah tersalah perhitungan ...camnilah jadinya roti aku nie..mula aku dok intai kat oven..nampak okay jer..lama-lama aku nampak roti tu makin lama nampak makin pelik..huhhh sah-sahlah roti aku tu keras berdentum..
tak per nanti mak usaha lagi nyah..

KERAS ! huhuuu..siankan ? sian kan?
last-last korek makan makan sosej jer...

Feb 11, 2011

Penat Tapi Seronok

Bersemangat bila mengenangkan kembali betapa seronoknya nak bawak anak2
 merasai pengalaman naik Komuter dan LRT. Sebab dah lama sangat dah berjanji dengan dorang so, bila ayah poji ada cuti panjang sket ni apa lagi ambiklah kesempatan yang ada ni.  Aku ni dulu dah muak dah naik komuter & LRT nie...pengalaman tersalah naik komuter ada ...berdiri kat tiang dan bila pandang kiri kanan aku nampak ketiak orang jer. Memang bagus sekarang dorang buat pengasingan untuk perempuan dan lelaki. Mula2 pengalaman naik komuter tanpa bantuan orang..huhuu..masa tu orang semua jalan laju2 sebab nak kejar masa g kerja ...aku tercangak2 ..so beraturlah sambil kepala terjengok2 nak tengok apa orang kat depan buat..
Bila time bulan posa ..ya allah tak tahan ramai giler..memang sebijik macam tin sardin..sampai melanton2 pintu komuter tu bila tak boleh nak tutup..
itu zaman bujang akulah kan..

kelakar plak bila ingat ayat si zati.." ibu..ibu adik nak naik KOMPUTER..."
pueh aku nak menerangkan kat dia..



kita orang parking kereta kat Station Keretapi Seremban. Ayah poji sempat singgah Giant Seremban semata2 nak beli lock sterring kereta ..Tobat tak nak naik dari Seremban sebab bosan giler dari Seremban ker KL Central peeehh rasa macam lamaaaaaa.. sangat nak sampai.

Sian anak aku..."gayat" tak penah naik..heee

Kebanyakan penumpang komuter ni terdiri daripada bangsa asing . Orang Pakistan, Nepal, Bangla ..dan Indon...kalau orang2 kita ..boleh bilang ngan jari..kalau kategori umur2 cam aku nilah..
kalau anak2 dara..bujang2 teruna tu ada ler tapi mmg tak ramai bilangannya..


 Memang banyak sangat berjalan hari tu...
sakit tapak kaki mak nyaa..


Boutique Louis Vuitton
Berlagak jer ..tahu tahu tak mampu..okay okay dah jalan depan..!


Minum jap hilang tension..sebab banyak sangat berjalan ..nak ke station lrt jalan jauh..nak ke toilet, naik kat food court satu citer...ramai giler so turun.sampai tak larat nak jalan ..so sebelum aku hilang mood
cepat2 g minum dulooooo...
tak selesa sungguh..tempat makan semuanya penoh! peeehhh


kalau aku tahu tak yah g KLCC ..terus jer g kat sini..
Station Masjid Jamek..tengok muka aku
muka yang kembali ceria..aku dah beli sandal tak tahan sakit pakai kasut tumit..hehee..tapi setakat tu jer..nak round kat area2
semua house ngan sogo tu semua anak beranak dah kepenatan..
so berlegar2 kat situ jer..
ayah poji cakap lain kali dia nak ajak aku lagi tapi parking kereta kat
Station Bandar Tasik Selatan ..anak2 tak yah bawak
nak shopping raye..

"ntah ia ..entahkan tidak, ntah kodok..entah katak.."

Feb 9, 2011

RoTi KaRaT



Assalamualaikum. ni cheq nak habak mai..beberapa minggu yang lepeh.. cheq ada buat roti. Itulah kali pertama cheq buat sendiri hang tau dak..penah satu masa belajaq kat opiiiis ..masa tu hari jumaat rehat panjang so kita orang dok belajaq buat roti kat pantry ..aku bawok bahan2..salah sorang ada yang bawok oven..masa tu aku dok sibuk2 jer ..tulon-tulon jaaa..
la niiiiee..cheq buat sendiri nooo...
tapi tu laa..tak tau ehhhhh dok jadi lagu mana..roti elok naik cantik tapi tu la...dia dookk melekat jaa.. tak bleh keluaq.cheq dok cungkil2 nak kasik keluaq. Peniiiin ..Pusiiiiin kepala cheq ...
adusshh ...! terjelir terjulukk lidah nak sebut bahasa orang kedohh ni...
okay okay kembali asal..hee

Zati menanti dengan penoh harapan...
aku tahu mesti dia nak cakap lagi...

"Dulu Ibu tak pandai ..sekarang ibu dah pandai"

Masalahnya yang aku hadapi sekarang ialah aku tak tahu camne nak control kepanasan (api atas bawah ker atau atas atau bawah sajer..)
penat mak camni arrr..(tak per usaha tangga kejayaan...) pujuk hati sendiri
tak per tak per akan ku teruskan perjuangan ini..
rase roti ni okaylah..cuma perlukan penambahbaikan lagi..sebab aku nengok anak2 aku makan roti ni macam muka nak ambik hati aku jerrr..huhuuu

sebab aku tahu kalau sedap giler..
pasti dorang akan cakap..
"emmm sedaplah bu..nanti ibu masak macam ni lagi err...."
ini memang ayat fovourite dorang..


inilah dia roti kebanggaan aku..

"ROTI KARAT"

Feb 8, 2011

SelaMaT PenGantiN Baru Dik !


Tanggal 31 bulan 8... 57 ..Merdeka..! ohh salah ruangan yer..okay kita mulakan lagi sekali..tanggal 28 Feb 2011 maka adik bongsu (kategori lelaki)aku Mohd Khairil@ Airel atau panggil manjanyer Adik..(tak kira nak panggil cam tu jugak walaupun dah jadik laki orang..) tapi okay gak yang "ong gumah" dia pon family dia panggil adik gek...haaaa ini kes Bongsu kawin ngan Bongsu lah nieee..
haa..gambar kat atas tu..make up hasil dari sentuhan jujur + sentuhan nak nangis aku okay..sebab time aku make up nielah time kengkawan ramai datang tak dapat jumpa ..huawahhh...
amacam okay tak korang ? kalau okay anggukkan kepala ..kalau tak okay anggukkan kepala lebih laju lagi..terima kasih ..sayang korang..

                             

amacam ensem tak adik lelaki aku dua orang tu ?? heee...soorrryy..
dah ada orang punya..hahaahhh (kakak kena puji adik sendiri)
YB Datuk Hjh. Norpipah turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis Cik Kiah (mak gue) tu yang sebelah kanan sekali.
bukan rombongan cik kiah yer..
Masa nie pengantin belum cukup lengkap aku gudam lagik..
sebab dia dah datang ..okaylah tuuuuu..

dah jadik laki orang dah ko yer dik..

disebabkan hujan kat luar..menari kat dalam gumah ajerlah nampak gayanyer..budak2 silat dorang selamba jer silat kat luar..sian dorang..

Bergambar kenangan bersamaPengarah Kampus UiTM Melaka yg turut sudi meluangkan masa pada hari majlis tersebut..
(yelahkan nanti PA merajok pulak )
bukan aku yer..Yon lagik sorang tu...sebelah aku tuu...huwahuwahh
masa ni dah pukul 3 lebih...mak ngan ayah aku pon dah tukar baju unipomm..

Hasil Sentuhan dari hati yang tulus ikhlas dari Cik Kiah untuk anaknya..
yang dah tak berapa nak bujang lagi tuu..boleh gituu?

ni kat gumah sebelah gumah pompuan..
okaylah..aku nak serius sekarang..

" SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADINDA TERSAYANG
KHAIRIL & AEMY
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.."

(Banyak bondo ko kono tompoh lopeh ni dekk..kono banyak saba dalam gumah tanggo nie yooo...)

*Ape2 boleh refer kamus dewan ..akak2 ko yang dah veteren nih ..gitewww...*
Related Posts with Thumbnails