Jom Kelik-Kelik !

Mar 30, 2011

Akibat Belacan Terlebih Sudah


Okay semua ..ini bukan aku nak cerita pasal bomoh tau, pawang atau seangkatan dengannya hehee.. nak kata adik aku pegi jumpa bomoh sebab nak dapat jodoh cepat pun bukan jugak sebab dia dah dapat jodoh dah pun ..nampak tu bini dia kat sebelah dia tuh.. pengantin baru lagi you..heee..(ehh..tetiba aku teringat pulak masa aku baru jadik pengantin baru..oppps ! sudah! sudah!..).hee.. Hari ini aku nak criter sket tentang pengantin yang dah termakan belacan terlebih sudah ni.

Weekend lepas aku ada ajak family semua makan-makan kat rumah, so adik aku asyik dok cakap hidung dia gatal2 macam ada semut halus kat dalam idung dia..ala aku pahamlah tu mesti rasa dia cam mengenyam2 tu..hahahh okay tak guna ayat tu? ooohhh baru aku teringat yang adik aku memang ada Resdung..aku tanya dia " Dik, ko ada makan benda2 seafood ker atau belacan ker"...terus dia jawab " ooo adik ada makan Nasi Goreng Belacan..ha ar mesti pasal tuu.." ehhh lupalah tuu..

Maka teringatlah aku pada kakak angkat aku yang pandai buat benda2 camni..ala yang guna asap tu...so aku suruh ler dia datang gumah aku buat benda tu. ha korang nengoklah gambo ni yer..Ini bukan Coooobaannn...ini betul-betuull..
Masa Baru nih baru nak start.
lepas tu apa jadik??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ha tu diaaa nampak hama yang keluar kat idung dia tuuu...mak ai macam ada salji pulak..ngehngeh

mau tengok lebih dekat...??
sabar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaa..amek kooo...

Lepas keluar semua tu..dia rasa sangat lega..hidung dah tak rasa mengenyam-ngenyam lagi..bukan setakat asap-asap tu jer..lepas tu kena buat facial khas untuk yang bermasalah resdung..sebab nanti kena pakai masker resdung pulak. So, sesapa yang nak buat rawatan resdung bolehlah bagitau aku yer..buat facial pun boleh ..manicure..padicure..eh betul ker ejaan nih..kalau korang bagitau ngan aku bolehlah aku kenalkan ngan kakak angkat aku tu..dia memang banyak pengalaman pasal benda2 camni..sebab dia lama kerja kat Salon. Kalau korang bagitau nama aku kat dia bolehlah dapat harga adik-beradik..hee..
(tak de komisyen..okay..akukan baikk..huwawawah..)

okay bye..sekarang semua pergi check hidung masing-masing yerr...

Mar 28, 2011

Si KeMbaR PunYa CeRiTa


Alkisah anak buah aku si kembar yang berumur 5 tahun ni...AJAN & AJIM. Umur dorang sama ngan umur Zati. Kelatahnya menghiburkan. Semakin dah pandai berkata-kata semakin seronok pulak aku nengok budak kembar dorang nih. Gambar ni ambik masa hari pertama dorang nak g taska so, unipom belum dapat lagi maka pakailah baju t-shirt wona putih tu. Yang sbenar-sbenarnya dorang ni lahir tak cukup bulan (7 bulan)..tapi sekarang..haaa lebih besar dan tinggi daripada anak dara aku yang cinonit tu..tapi mak wan (mak aku) kata tak pe sebab budak pompuan tak perlu besar-besar sangat..janji sihat. hehee (cover supaya jangan risau). Kali ni terbukak pulak hati aku nak buat N3 pasal dorang. korang nak tahu tak apa dialog yang bisa mencuit hati aku ? hehee..

Dialog 1
Masa ni pagi hari raya aku dan keluarga semua ada untuk menziarah pusara. Sedang kita orang semua sedang membaca doa ...ada sebuah pusara tu agak baru..so batu nisan tu tak berapa nak kuat lagi..dengan gaya2 ala "kontraktor " bangunan...sambil menggoyang2kan batu nisan tu kedepan dan kebelakang..sambil berkata..."MAMA...MAMA...(panggilan adik aku..) NI... BOLEH CABOT NIH MAMA...." lepas tu.sambung pulak...."MAMA...MAMA CUBA MAMA TEKA...NI KUBUR SAPE?...(haiii..nak gelak serba salah...dah masing-masing bepandangan tahan gelak..masok dalam kereta jer lepas tu ..haaa amekkk..terburai gelak..)

Dialog 2
Baru-baru adik aku memang selalu tak sihat yelahkan...mak buyong...peninglah...sakit itu sakit ini. So, salah sorang dari kembar ni kiranya nak tunjukkan keperihatinan doranglah.. boleh cakap kat adik aku apa tau..." MAMA....MAMA !...MAMA PEGILAH KLINIK KUAGE (Keluarga) TU...SURUHLAH DOKTOR TU PECAHKAN PERUT MAMA TU KUARKAN BABY TUUU...(dia ingat perut mama dia tu apeerrr .....Belon??..) kahkah..

Dialog 3
Balik sekolah konon nak cerita kat mama dialah kan..kat sekolah cikgu ajar apa...dengan penoh rasa yakin dan bangga...dia bagitau adik aku.."MAMA..MAMA !...TADI KAT SEKOLAHKAN...CIKGU CAKAP...KALAU KITA BUAT BAIK PADA ORANG..NANTI ALLAH BAGI KITA KEPALA ..." apa lagik adik aku pon terbahak2..lah tergelak..! HAAHH !! KEPALA??? Ohhh...PAHALA!?? huwawawahh..

kalau aku nak cerita banyak lagi...tak tercerita...cukuplah yer..

okay kesimpulannya: Anak2 Anugerah Alllah yang tidak ternilai...Hargai & sayangilah mereka....



Mar 25, 2011

SwiM - SwiM kat RuMaH aJe



wah kemain lagi..masa tengah baik..

Kehadapan korang yang disayangi & dikasihi sekalian semoga berada didalam keadaan yang sihat sejahteralah hendaknya. eh dah lama tak dengar bait-bait surat yang macam inikan? tak yahlah rasa cam hipokrit jer ..heheh.korang buat apa tu? aku okay sihat alhamdullilah.

Tak adalah specialnya pun cerita aku ni cuma sahaja-sahaja nak cerita tentang seorang ibu yang cuba membahagiakan hati kedua2 anaknya. tak tahu nak g jalan mane sebenarnya cuti sekolah hari tu..tapi aku rasa itu kurang tepat punya alasan ..alasan yang tepat adalah ayah poji kerja sepanjang coti sekolah hari tu yer..huhu. itu yang sampai aku kata kat anak2..kita nak pergi jalan bukan ikut time cuti sekolah anak2 tapi kena tunggu ayah punya  cuti.boleh camtu? bolehlahkan alasan tuh...keeeerr boleh blah..huwahwawahh.

Bila aku tengok anak aku dah macam tak tentu arah lari depan gumah...sampai kat dapur..lepas tu ulang alik ulang alik ..bikin fening ana punya kefala.so tetiba keluar mentol kat atas kepala aku..untuk keluarkan swimming pool pelesu tu letak kat depan gumah. haaaa...buatlah apa korang nak buat yer..wah kemain suka masing-masing..

mak aaiii anak dara aku posing tak tahan...sapa ajar ko nih?

lepas tu nak suruh keluar dari kolam tu macam nak terkeluar anak tekak aku.."Ijat ..adik..dah sudah tuu...." 20 X ulang !

Mar 23, 2011

TaMan SeriBu BunGa


Assalamualaikum ...Cak ! Assalamualaikum Cak ! ..okay okay dua kali jer. Ni masa aku pergi bawak anak-anak pergi berjalan-jalan kat Taman Seribu Bunga kat area Ayer Keroh ..selalu aku lalu jer tapi disebabkan adik aku mengajak sebab nak bawak anak-anak berjalan sempena coti sekolah..siankan nampak sangat pergi tempat save budget.kahkah..tapi cover beb lepas tu kita pergi jenjalan kat Cameron Highlands bulan depan yer...eh lepas tu  kesian betul bebudok tu semua baru nak panas enjin ..lari sana lari sini loncat sana loncat sini ...dan terjerit kegembiraan bagai.....ha...amekkkk...HUJAN woooooo...lintang pukang berlari .huhuuu ..tak puas ! tak puas ! anak2 sibuk nak bermain lagi, mak mak sibuk nak berposing macam gayat sampai sana sebab  cantik sangat ..macam masuk Taman Bunga dalam kawasan Istana Raja. Aku kalau nampak bunga bunga nie memang hilang ingatan sekejap..hee

emak & adinda

ini baru betul ..like mother like daughter
(aku yang suruh sebenarnya buat kaki macam tu..kalau jatoh adik ko ..ko jawab ngan laki dia yon !..hehee...)



saje nak tunjuk ker ada bijik mata besar? teringat zaman remaja la tuuu..tahulah laki masing-masing tak ikut..hee..


emak & pembantu rumah adik (embak)

cantik bunga kenanga tu kan..mak akulah yang petik ..seb baik pengawal istana tak nampak. kalau tak aku dipaksa jadik dayang pulak kat situ...lain kali memang aku akan pergi lagi sebab memang tak puas ..belum habis aku teroka tempat tu..hujanlah pulak....lepas tu lepak Mahkota Parade..pegi makan makan Mc D sebab lapar giler.

okay daaaaaaaaaa...!!  permisi ya  bukk...(terpengaruh kat orang sebelah tu..)

Mar 15, 2011

MiLo AiS TimBoL


Hari ini kau datang riang tersenyum buat ku senang..la la la la..hari ini aku nak ceria..nak happy malas nak emosi emosi. Hari tu aku pegi makan di.... alamak terlupa sudah ..ntah apa benda Bistro ntah..sorry dah lupa nama..hee. Ayah Poji ajak makan Chicken Chop kat sini.

Ternyata pilihannya tepat kerana aku makan sampai lichiinnn ..memang bertambah sedap pulak Chicken Chop dia kali ni. Baguz Baguz ada improvement.! Empat empat beganak makan benda yang sama.. syok pulak tengok Milo Ais dia buat macam tu siap tabur serbuk milo kat atas milo ais tu..emmm good idea tu good idea..boleh mak tiru nyah..sebab tiru tiru ni mak suka..hahaah. Maka dengan rasminya aku namakan air tu.."MiLo AiS TimBoL" amacam setuju?


aik sudu pun tak bukak lagi..punya nak cepat ambik gambar.selera tengah membuak buak ni. Sepatutnya makan western western nie syok waktu waktu malam kan? sebab kalau mlam kat atas meja ni siap ada lilin youu..lagipun masa ni ayah poji nak kerja malam sebab tu pergi waktu siang..


                
selalu zati kalau makan susah nak abis tapi hari tu lichiinnlah pulak..  



ijat..ijat.... kan ibu dah kata ..kalau keluar rumah letak minyak rambut sket kat rambut tu...

okay bye..berjumpa lagi di lain rancangan ..

Mar 14, 2011

Merajuk itu Penat

Korang ..  nak tanya sket. kalau kita merajuk tu okay tapi kalau sikit sikit nak merajuk sikit sikit nak merajuk. Korang rasa penat tak atau rasa rimas ker? penat oooo..aku ni sebenarnya dikategorikan oleh diri aku sendiri di dalam kategori balada yang sensetip jugaklah. Mudah jugak terasa hati terutama bila dalam kepala hotak ada masalah yang membelenggu ...rasa bila orang cakap terover sket..rasa sayup je kat dalam hati tu.meruntun-runtun rasanya. tapi aku simpan dan aku akan pujuk diri aku..ala relax ar ..sabar-sabar..paling paling tak tahan pun aku akan nangis..huhu..tapi seboleh-bolehnya aku tak nak jadikan ia sebagai sesuatu yang boleh menyusahkan fikiran orang lain terutamanya orang yang aku sayang..(lepas tu doa semoga orang itu akan menyesali perbuatannya..)

Aku cuma kalau boleh nak berkongsi bersama dengan orang lain tentang merajuk yang terlebih sudah ni.lagipun aku rasa benda-benda camni biasa dikalangan orang2 melayu kita nikan ..tak payah pergi jauh ..kat dalam kaum kerabat aku jugak ada yang macam ni..kaum kerabat okay bukan adik beradik i..tengoklah kakak dorang sape..ehem-ehem...hehee.okay sambung- sambung ..sikit -sikit nak terasa hati , sikit sikit nak terasa hati..kadang -kadang benda tu aku rasa cam ..aallaaahaaai benda tu nak merajok ..merajok bukannya sekejap..bertahun-tahun pulak tu. itu yang tahu pucuk pangkal ada yang tak tahu pucuk pangkal tetiba jer dah merajuk wahh lagilah parah.

Kita ni hidup bukannya lama pun kat atas dunia ni betul tak korang? sikit lebih kurang dah lah kan..sentiasalah berfikiran positif. Kengkadang tu mulut kita pon apa kurangnya.. ada jugak bergurau terlebih.. bak kata pepatah " Kuman diseberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" ingat kalau dok bercakap sampai 10 ribu patah perkataan tu kat orang semuanya tu betul ker? bila orang cakap sikit cepat-cepat jer nak terasa...ada tu aku nengok sesama adik beradik pun boleh iri hati "alaa siapalah aku ni..ahh ko lainlah kereta ko besar..ah ko lainlah rumah besar....ah kau ini ..kau itu..." semua tak kena ...kengkadang tu orang tak ada apa-apa..dia yang lebih-lebih. terlalu merendah diri pun satu penyakit jugak ..keerrr penyakit "hati".. 

Pada aku lah kan..kalau betul orang tu kurang ajar dengan kita ..MEMANG PATOOOTlah kannn..tapi kalau benda remeh temeh tu..cubalah muhasabah diri kita ..duduk depan cermin lepas tu cakap dengan diri sendiri .."kenapalah aku jadi macam ni..sampai bilalah aku nak jadi macam ni..siapa yang rugii.....Akuuuu jugakk...

Mar 9, 2011

Ikan Sembilang Masak Lomak Cili Api


Poi Pokan naik basikaaaa..tongah ari tongah paneeh..apoo dayoo motong gotah..apo nak dikato. (Motong gotah nijam kayo). Itu adalah intro untuk mengambil mood untuk masakan nogori kita untuk hari ini yer ton ton dan pon pon sekalian alam. Kalau rasa-rasa macam dah terkecur air liur tu harap bersabarlah yer. Ikan sembilang ni kalau nak buat masak lomak cili api memang sodap salai dulu..eh nak cakap salai ker panggang erk? salai kot..salai..ha betullah..(tanya lepas tu jawab sendiri). nak nampak lebih masakan ala-ala lalong kampung sila gunakan pinggan pemberian dari nenek moyang kita..cam pinggan yang aku guna tu.

Lauk ni menjadi bertambah-tambah sodap apabila ditambah dengan rebung dan belimbing bosi...haaa.....menangis kegembiraanlah ko makan. OMG ! emmm yummy yummy  (first time guna ayat ni blogger lain guna aku nak gak). eshhh tak sessuaaaiii guna ayat OMG tu kalau makan chicken chop okaylah..camni camni.. " Maakk aiii sodap eeeeeeyaiii.."

okaylah akhir kata : Itu ayah poji yang masak.hehee

TriLogi CinTa


Assalamualaikum. Korang suka tak nengok citer ni? aku sukalah..mungkin sebab pengaruh lakonan Rosyam Noor agaknya. Lakonan dia sungguh real dan yang paling penting sebab dia sangat romantik dan disokong pulak oleh pelakon wanita yang cantik-cantik dan sangat hebat yang tak perlu dipertikaikan lagi.

Kalau korang nak tahu (echewaaah)..Pelakon Amyza tu pernah satu sekolah dengan aku dan pernah satu dorm kat Hostel dulu.. masa tu dia punya bakat lakonan pun dah boleh nampak. First time masa aku nampak dia aku dah perasan memang muka dia macam fauziah latiff dan sehingga kini dia dah berjaya melakar nama yang gah di persada seni tanah air . wah gituu..tapi dia okaylah tak sombong sebab ada kengkawan yang ada jumpa dia setelah dia bergelar artis dia masih seperti dulu ..peramah & happy go lucky orangnya.okay okay tu sampingan jer..hehee. 

Aku nak promote kat korang ni supaya nengok citer ni pada setiap hari Ahad hingga Selasa pukul 10 malam hanya di TV1! hee... Tengok jangan tak tengok amat sesuai untuk sesiapa yang bejiwa romantis macam aku ni..

salah satu adegan romantis Hero Malaya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

romantik tak ? romantik tak? 

syyyhhhh..... korang perasan tak yang kat sliding door tengah selak langsir tu ? jangan bagitau orang lain tau akulah tu yang tengah skodeng tuu..
                                              hahaah..!

Mar 8, 2011

"Battefelai"



Alkisah si tembam gebu kuih pau aku ni sorang ni. ha korang tengoklah tu butterfly tu kan ker bahasa inggeris..aku tanya kat si gebu ijat hari tu sambil tahan gelak ..kang gelak sangat dia malu pulak..."ijat kenapa ijat tulis butterfly macam ni? inikan rama-rama?" butterfly tu bahasa inggeris bukan bahasa malaysialah ijat...lagipun ejaan dia salah nih..mana ada ejaan BATTEFELAI" lepas tu dia jawab " alaa masa tu ijat lupalah buuu..."hehee..(agaknya apa yang telintas kat fikiran dia ..dia main tulis ajelah tu..bertuah betul budak sorang ni. dia nengok muka aku yang nak tergelak tu ..dia pun tergelak sekali..mana boleh tahan! huwawawahhh...kahkahkah..kihhkihhkihh..!

Mar 7, 2011

Jumpa Anak Ikan Duyung Terdampar


Hehee..belum apa-apa lagi dah gelak. sorry ..aku dengan gelak ni tak boleh dipisahkan macam dak aur ngan dak tebing. Gambar zati ni aku ambil semasa  sesi photografi adik aku kawin.hee.so terlanjur dorang amek gambar tu aku ngan mak aku tumpanglah sekaki nak merekacipta anak dara cinonit ni. Aku pakaikan dia rambut pelesu oren. Sebut perkataan oren nih tetiba teringat plak zati hari tu dia nak aku belikan beehoon goreng..dia cakap "ibu adik nak ibu belikan adik beehoon goreng yang oren tu".ngehngeh.

okay sambung, Bila ditenung-tenung kembali gambar ni..esshh dah macam gope anak ikan duyong jer..(echeeh macam penah tengok ikan duyong..) tapi orang cakap yang sebenarnya ikan duyong tak cantik  dia hodoh..ontahlah makcik pun kurang pasti nak oiiii..isshh tapi ikan duyong daripada spesis yang ini yang comel punya..(soorry terpuji pulak).okaylah itulah saja untuk korang hari ni.Moga korang mimpi ikan duyong malam ini. hahah..

Mar 4, 2011

Oh Jiran ! OH Belacan

Hari ini aku rasa ada kerajinan untuk menaip lebih sedikit. Mungkin ada benda yang perlu aku luahkan pada korang. iyelah asyik bagi gambar je tapi isi kurang. Macam nilah..pada suatu hari ada seekor monyet..hee...

Sebenar aku nak luahkan kat korang tentang hidup berjiran ni. Walaupun aku bukannya jiran yang perfect selalu hantar kuih atau lauk pauk ataupun hari-hari tanya khabar..atau bentang surakhabar kat tepi pagar dan berborak-borak seolah-olah berada di tepi pantai sambil makan-makan kacang. Cuma aku heran jugak kadang-kadang JENJIRAN ni okay..okay straight to the point ..macam jiran aku tu betul-betul dah tarik nikmat udara segar kat depan rumah aku tu..mesti korang nak tahu apa dia dah buat kat aku kan ? biaseeee diaaa...aku tahulahkan kalau sesetengah orang nak cari duit lebihkan..sebab apa nak cari duit lebih tu aku tak perlulah nak explain untuk apakan..satu dunia pun tahu ..Alkisahnya jiran aku ni buat part time packing belacan kat rumah, so bila tiba saatnya "barang " tu sampai berkotak-kotak..mak ai sakit hidung mak nyah..bila aku balik kerja..bukak pagar jer ..mula lah bau belacan tu menusuk ke lobang hidung aku ni..ayah poji pun kesian jugak sebab dia suka duduk depan rumah kat kerusi & meja kesayangannya tu sambil menghisap rokok ..mesti dia rasa kurang selesa. Selalu kalau aku join dengan dia kat depan sambil menikmati minum petang, selalunya aku akan kata pada dia.."alah bang busuklah asap rokok abang ni"..tapi sekarang boleh pulak aku cakap " alamak aii bau asap rokok abang lebih wangi dari bau belacan sebelah ni..(mungkin dah tindakan luar kawal aku berbicara seperti itu). ehh kenapa aku hari ni tulis dah macam ala-ala novel.(perasan).

Ada ketikanya bila aku tak ada satu hari kat rumah, malam baru balik ..pintu bilik aku bertutup, bukak jer pintu bilik aku jer..rasa dah macam dinding-dinding rumah aku tu dah bertempek dengan belacan. Memanglah ayah poji cakap "ala tak apalah bukannya selalu.." aku tahu dia nak menyedapkan hati aku jer. Padahal dalam hati dia bersawang-sawang agaknya. Anak-nak pun selalu mengadu kat aku " isshh busuklah ibu..bau belacan kat sebelah ni.." cepat-cepat aku cover "isshh jangan cakap kuat-kuat nanti dengar pulak acik tu nanti" siap cover lagi tu..baik penyabar aku kan?.Takkan nak aku adukan pada Mesyuarat Agung Umno Taman aku pada hujung minggu ni? dah tentu-tentu dia tahu pulak daripada mulut aku ..dan aku pun tak sanggup nak buat camtu. Oh ya mungkin boleh buat ADUAN RAKYAT kot..hee.

Semoga satu hari terbukalah hati dia untuk packing benda-benda lain pulak..manalah tau satu hari sok dia buat packing perfume ker, packing sabun mandi ker. Kalau ikut hati memanglah rasa macam nak jadik macam...Rosnah Mat Aris kalau berlakon watak garang & cengeh..jerit kuat-kuat marah orang melengsang lengan dan hidung dia yang terjonget-jonget tu.. Sebenarnya aku tak naklah hubungan baik aku ngan jiran jadik kucar-kacir hanya dek kerana BELACAN....

Mar 2, 2011

Together - Gether


Sambutan Hari Jadi tahun ini agak meriah kerana semua family dapat berkumpul termasuk Pak Teh & Mak Teh. Masa ni ayah karim belanja makan ikan bakar kat Kuala Sungai Baru..bessstt..
memang mewah rezeki malam tu...
Sebenarnya hari jadi Pak Teh & Ayah Karim dah lepas cuma buat pada tarikh harijadi mak iaitu pada 20 feb 2011 dan ijat selang sehari jer iaitu 21 Feb 2011. Aku masih ingat lagi masa aku nak bersalinkan ijat ..mak ingatkan dapat sama tarikh hari lahir dengan mak..last-last keluar keesokkan harinya.
Itulah dia cucu mak yang pertama...yang macam kuih pau tu..


Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamuuu...
(mak suruh nanyi lagu tu masa malam tu)

 yeyehh ijat dapat hadiah..


riang gumbira dapat hadiah

amacam seirias tak ?


sorry..... lebih gambar dari tulisan. hehee
Related Posts with Thumbnails