Jom Kelik-Kelik !

Apr 19, 2011

PuteRI ExPired

                                

     

Assalamualaikum wrt.wbt. yang dihormati, pembaca-pembaca blog saya sekalian, yang disayangi lagi disanjungi pembaca-pembaca blog saya sekali lagi dan tidak ketinggalan juga kepada pembaca-pembaca blog saya secara senyap dan rahsia tapi tak jadi follower pun..huhuu apo nak dikato..dah nama pun negara berdemokrasikaan...tiada paksaan yerr..janji korang semua bahagia...saya pun bahagia...echeehh..

N3 kali ni tak adalah spesel mana pon ..cam beser-beser jer. echewahh macamlah N3 yang lain special..hehee..09 April hari tu kat Taman  Rashidah Utama  aku ada Persidangan Tahunan untuk Umno, Pemuda, Wanita & Puteri 2010. Aku ni bukannya Ketua Puteri ..aku ni Bendahari jer yang sebenor-benornya...tapi disebabkan Ketua Puteri aku tu dah meletakkan jawatannya soo..aku kenalah memangku jawatan tu buat sementara waktu ...sebab yang lain-lainnya pun dah tenggelam timbul macam biskut chipsmore..kojap ado kojap tak tak do ..kalau diikut-ikutkan jangka hayat aku sebagai Puteri dah tamat ! dah expired ! hee..umur Puteri Umnokan sampai 35 jer...Pemuda 40 ..tak aci tau !...betapa "mak-mak" nyer umur ku iniii...

                               
 Bersama Adinda Suffian merangkap KP Taman Sri Kelemak
(rase2 kalau aku "tudung"kan  muka dia tu,muka dia sama cam aku tak?)
ngehngeh..jangan marah pyan...i lap u..

Nampak sangat pura-pura..ngehngeh 

ni Satu Malaysia keerrr....apa nih? kan aku dah bagitau hari tu..sekarang aku ngan makcik-makcik kat Taman tu ..dah Geng !
(nak tunjuk gelang sebenarnya..)

tak abis-abis ar acik nih dengan Satu Malaysia dia...hee.
Jangan tak kenal dengan orang kat sebelah i tu yer...omak den.
(jangan tak tahu disamping kesopanan aku itu, aku nak cover perut sebenarnya..palsu sungguh)

okay bye korang ..tahun depan aku amek gambar sepeeesenn jer baju dengan makcik-makcik tu semua..apa maksudnya tu ?
ya betooll..aku semakin muda...terima kasih korang..korang memang pandai amek hati...
hehee..

Apr 8, 2011

Sanggul & Bowling


okay semua amacam gabungan dua nama yang agak poning orang yang membacanya..heheh. sebenarnya dalam satu N3 aku nie aku nak citer dua benda..citer aku buat "sanggul manja" anak dara cinonit aku tu. .amacam jadik tak mak buat mak nyah? hee..okay okay citer yang ni sekejap jer..citer bowling pulak..

last weekend aku pegi pertandingan bowling anjuran belia 4B kawasan Alor Gajah.. so aku mewakili taman aku..taman mana kalau bukannnn....neeehhh....TAMAN SRI KELEMAK in da house..! aku bukannya terror main pun ..main campak jer. setahun tak sekali aku main..tapi yelah kenalah sporting sebab tak cokop orang pompuan yang nak pergi main bowling tu..aku dapat tempat ker ...12 daripada 64 orang (kategori pompuan). bolehlah sesak sesak orang kata..adik aku ketua belia kat Taman aku tu..so aku kenalah support dia kalau dia mintak pertolongankan...echeeh bagus aku ni..susah nak carik kakak macam ni kat pasaran tau..huwawawahhh..


Antara barisan pemain-pemain bowling handalan tanah air.

           

aku kalau pasal gaya... okay..markah penohh..tang itu jer ler boleh harap..

okay semua ....berjumpa lagi dilain N3 yer..nak g berlatih main bowling jap..


                                             (boleh percaya ker..)

Apr 5, 2011

Seoul Garden


Assalamualaikum...ini Nico nak cerita ..cerita rappers muda di kota ..umur muda nak bercinta..heee..eehh lagu tu femes tau masa tau masa zaman aku anak dara dulu..hehee. ntah pegi mana dah Nico ni dah tak bercerita dah dia....Tapi itu lirik ana hentam sajalah..

Last weekend aku tiga dara, dara buyong (peknen), dara emas (warga emas) & anak dara sunti (aku)..ngehngeh. jangan muntah jangan muntah ...sebab aku nak bawak korang g jalan-jalan carik makan ni. we olls pegi kat Siul Seoul Garden Mahkota Parade, Melaka. Makan ok harga phewwww...boleh tahanlah..setelah dicampur dibahagi adalah dalam RM40 hengget seorang....yang ruginya..diulangi..yang ruginya...masa tu aku dilanda wabak selsema..jadik hidung aku tersumbat..huhuu...


hadekk ngan heemakk



Bayangkan punyalah wangi bila steamboat kat tengah-tengah menggelegak..punyalah harum bila udang..daging kambing...daging ayam itu di panggang di keliling apa benda nama cekadak tu..tapi bayangkan betapa frustnya aku bila hidung aku tak boleh bau masa tu....sampaikan aku angkat makanan..macam udang tu ..aku letak dekat-dekat ngan hidung....still tak bau..tensen akak dekk. Kalau ada orang yang nampak apa yang aku buat tu..mesti kata ...sian dia ..macam gayat jer..nak makan pun nak cium-cium duluu..hee..


wahhh !! 


eemmmmmm....

Full house maaaa....



ha tengok tuhh..tuuuu tengah nak cium makanan lah tuuu..heee

byeee...


Apr 4, 2011

Kemarok Naik Basikal


Semakin anak-anak meningkat usia mereka semakin berbezalah kepandaian dia orang nih.Pening kepala aku bila nak bagi alasan kat dorang ...bila yang tak boleh dan mana yang boleh...alasan pulak kena consistent tak bolehlah sekejap boleh ..sekejap tak boleh. bila si ijat ni dah masuk umur 8 tahun ni tak bolehlah aku suruh jer dia main basikal kat dalam gumah ngan adik dia...kesian pulak..bila tengok dorang adik beradik dok pusing -pusing kat dalam kawasan dalam gumah jer.

sekarang dah pandai nak pegi gumah Mak Wan (nenek) dia..rumah aku ngan mak tak jauh ...perjalanan hanya mengambil masa seminit jer..hehee. "Ibu, Ijat nak naik basikal pegi gumah mak wan ye buu.." ..ibu ijat nak naik basikal pergi gumah Mama yer buuu..." gumah Mama (adik aku) belakang gumah jer..ngehngeh..aduuuuii..lepas si kecik tu plak menyahut.."ibu...ibu..adik pun nak ikut"..kengkadang tu aku nak pergi gumah mak aku naik kereta pun dorang nak naik basikal.."ibu naiklah kereta..ijat nak naik basikal..."

So, aku dengan penoh rasa kesabaran yang paling menebal.."yelah...ibu bawak kereta ikut kat  belakang  ijat ngan adik.."ingat ! lalu ikut kiri jerr...jangan laju-laju..jangan tinggalkan adik tuuu..kat selekoh tu tengok kereta duluu"..phewwwwww....penat mak.

Seb baik dok kawasan kampung kereta tak banyak..tapi aku sentiasa kena pantau jugak tak boleh dibiarkan tanpa kawalan. itu yang kenkadang aku suruh dia sangkut hphone kat leher dia..bila rasa dah sampai aku call..ijat camne dah sampai ?...



penah hari tu aku call si ijat sebab nak tanya dia " Ijat ......apsal ijat tinggalkan adik niihh...!..." adik dia bantai melalak..."Abang tinggalkan adik...huhuwaaaahhh.."padahal masa tuh adik dia nak g bilik air jap..

adoii berat betul tanggungjawab jadik ibu ni erkk..heee..sabo...saboo..
Ya Allah ya tuhanku tunjukkan aku ke jalan yang benoooorr...dalam mendidik anak-anak aku ya allah..amin

Apr 1, 2011

Jika itu yang boleh disumbangkan....


Assalamualaikum semua ! ha agaknya gambar apakah diatas itu yer..yaa betool ! gambar orang sedang bermesyuaratlahkan apa lagik ! haha. Masa ni tengah ada Mesyuarat AJK COMBI..(bergandingan dengan..wah bergandingan kelako jer bunyik dia..Jabatan Kesihatan untuk memastikan kawasan di Taman Perumahan bebas daripada nyamuk aedes.) Kita orang tak ramai ada dalam 20 orang jer sebab dia nak orang yang betul-betul comitted pada kerja-kerja yang diamanahkan ..yelahkan kerja inikan kerja kebajikan....tak do elaun tau..

Nak citer kat korang yang dulu nyer aku nie nak campur-campur orang ni sorrylah ..yelah sibuk kerja siang-siang buta dah keluar rumah memalam baru balik dah letih dan hari Sabtu pun aku kena kerja walaupun half day penat jugak sebab kena bawak kereta yang perjalanannya yang memakan masa selama 45 minit. itu kalau aku kena kerja di Bandar Melaka kalau kena bertugas di Muar...pehhh jauh giler ...lurooossssss jer...mengantuk mak....bosan giler bawak kereta...ha yang itu 1 jam setengah aku  kena bawak kereta..menangis tak berlagulah....ini masa highway belum siap punya cerita..sekarang Alor Gajah -  Bandaraya Melaka , Alor Gajah - Muar , dah ada Lebuh AMJ dah sonang dah berdesuup jer sampai...

Semenjak aku kojo gomen nilah ada masa untuk bercampur-campur masyarakat kat Taman aku tu. kalau tak makcik-makcik kat taman aku tu ...aku nak tegur pun segan-segan..yelah tak kenal hati budi lagi...mesti kita rasa.."makcik ni mesti garang.." " makcik ni mesti sombong".tapi bila nak kenal seronok pulak ..dah jadik "geng" pulak ngan dorang...tp bukan "geng bas sekolah" tau..hee..kat dalam Pasukan Combi aku tu...aku yang paling muda..walaupun aku dah tak berapa nak muda...huhu)

aku dah pakai "unipom" combi..hensem tak? hehee


Kalau ikutkan aku ni..bukannya aku suka buat kerja-kerja cenggini ..masuk belakang dapur orang...peksa tong..peksa tempurung kelapa..peksa pasu bunga orang...ishhh..kekadang tu..terasa gegatal badan aku tau...tapiiiii..tapiii...haaa disebabkan rasa tanggungjawab aku sebagai anak kayu jati Taman aku tuu..aku buatlah apa yang terdaya. Mana tak yer aku dah dok situ masa aku umur 8 tahun kot... aku rasa berpuas hati jika sekiranya ada sesuatu yang aku boleh sumbangkan kepada masyarakat setempat.....wahhh gituuuu..

 


ha tengok dah dapat jontik-jontik ! bahayo nih..bahayo nih ...


 ni masa ni ada gotong -royong anjuran COMBI jugak...

 

Semenjak COMBI Kg.Pisang Taman Seri Kelemak ni kerap membuat pemeriksaan ..Nampak betul perubahan kat taman aku tu..semakin bersih dan semakin peka dorang dengan kebersihan kawasan rumah..tapi yang paling aku tension bila orang-orang kita bagikk sewa kat WARGA ASING....makkkkk aiiiii kotor gilerrrrr ... !!

okay bye...nak g tahan marah jap..
heheeh
Related Posts with Thumbnails