Jom Kelik-Kelik !

Jun 22, 2011

Tiru Macam Saya


Sorry semua yer kalau rasa gambar ni terlebih sudah. Memang POn. ! Kerja aku sekarang asyik nak tengok cermin jer..sebab body semakin "menipis" ..seronok ar..sebab mula ambil Produk Litchin hari tu berat 66kg sekarang dah 62kg ..belum sampai pun 2 bulan.sudah ada beberapa baju yang dahulunya tak boleh pakai sekarang dah boleh dah. Badan kalau naik dah tahu dah..mesti kat peha dan punggung dulu yang akan berubah bentuk muka bumi.

Kalau asyik sarung kain atau seluar tersekat dan terloncat-loncat nak tarik kat atas dan siap mintak tolong anak dara kecik tu tolong tarik haa..faham-faham sendirilah tu. Ada sepasang baju kurung moden tu..aku suka sangat ..so aku main beli jer..walaupun kainnya agak ngam-ngam jer..tapi aku pakai jugak ..bila pergi bilik air..rasa macam nak nangis bila dah tarik kain dan susah nak turun semula..rasa geram rasa macam tak pakai kain dan keluar dengan bajunya saja..tapi lari pulak semua orang kat luat tu nanti..hahaa. So, pok pek pok pek lah aku mengomel sengsorang sambil-sambil nak turunkan kain tu..SEKARANG TIDAK LAGI !...
senang tarik & senang diturunkan..echewahh...(cam iklan kat TV plak).

Sape yang belum cuba Produk Litchin cepat2lah yer..sebab sekarang ni memang sesuai sangat sebab kalau ambil produk tu sekarang sebab bila ambil sekarang sambung plak dengan bulan puasa. Conpem Hari Raya nanti ramai yang akan menegur kelangsingan anda! Mesti seronokkan?

Jun 15, 2011

Serba KeLabu di Majlis Hi-Tea


Pada Ahad yang lepas ,selesailah sudah Majlis Hi-Tea Licthin Bersama Duta Aisyah, di A'Famosa Resort . Sampai di sana lebih kurang pukul 2.20petang kalau diikutkan majlis bermula pada pukul 2.00 petang. Tapi okaylah masa tu majlis belum pun bermula lagi. Sepanjang perjalanan aku menuju ke Ballroom dimana majlis itu berlansung..mata aku tak duduk diam melihat masing-masing berpakaian anggun pesona dan penuh bergaya bertemakan warna HITAM & KELABU ...termasuklah orang yang kat atas tu..pening jugak nak carik baju tema-tema ni tapi macamana pun nak kena diadakan juga ..taknaklah lain daripada yang lain pulak..Baju aku beli di Masjid Tanah, skirt labuh aku beli kat Tesco kat bahagian luar (orang Thailand meniga kat situ)..sebab murah ..hehee..tudung tu beli kat Nilai...kasut kat SOGO baru pergi hari tu...(kecek kat ayah poji..carlo rino ada offer..) fuuhh...!! penat tau..tapi puas hati..seronok..



Bersama Pengarah Urusan De Bella ..Pn.Hjh.Puziah Saad.


Rakan-rakan seperjuangan


Rakan-rakan di UiTM yang turut memeriahkan lagi majlis hi-tea pada petang itu.



Pn.Norehan Harun (orang kuat De Bella merangkap sepupu..hee..)
yang membawa aku ke dunia LITCHIN De Bella ni...



lagi ...


kantoi.com


tak per balik nanti jangan lupe telan LICTHIN yer..


Tak mahu ketinggalan bergambar bersama aishah.
Aisyah menyanyi sambil berjalan menuju meja ke meja ...



salah sorang nombor naik...satu meja dapat hadiah..!



Artis Jemputan pada petang tu..Datuk M.Daud Kilau persembahan yang cukup menghiburkan...


Duta Aisyah...dah turun berat badan sebanyak 22kg...




Posing Manja aku untuk korang sumer...auww...
heee...



JOM LITCHIN !!

Jun 6, 2011

SpiderMan Gebuzz


assalamuaikum...
kenal tak siapa artis di atas semasa kecik? hahaa.. tak delah ini bukan artis ini si ijat siapa lagi kalau bukan anak bujang gebu aku tu..Gambar ni masa dia umur 2 tahun kot...kemain lagi dengan pakaian seragam SpiDerman dia...siap ada yang meneman kat belakang..aku suka nengok gambar ni..so cute..kan ?kan?sebenarnya baru-baru ni aku ada ambil gambar dia semasa dia tiba-tiba ambik sarung kepala Spiderman tu ..seboleh-boleh nak sumbat gek kat kepala dia yang dah tak sesaiz lagi tuu...
kalau tak caye meh nengok nih....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...sabo...
hehee...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Spiderman Gebuzz in da house...!

sudah ler tu ijat ..tak bernafaslah nanti...
dulu umur 2 tahun boleh ler...sekarangkan ijat dah tahun 2...
ngehngeh...

Jun 1, 2011

Sibuk BaDan

Okay okay dah tahu korang nak cakap aper...dah boringkan asyik N3 pasal Nasi Goreng Simple Berudang to jerk..bukak bukak asyik gambar tu jer..sorrylah....mintak mangaplah yer...

ni aku citer sket nih..ceciter...ceciter...akukan tak berapa suka ehh memang tak sukalah kalau ada orang yang suka sibuk badan busy body..diulangi...busy body...hal-hal orang ...luar dan dalam semua nak tahu..padahal tak ada kena mengena dengan diri dia..aku memang ada jumpa spesis macam ini sebelum-sebelum ni kat tempat lama opis aku.. sekarang ni allhamdullilah tak ado..!

Orang yang spesis camni suuukaa sangat memikirkan pasal orang...orang tu camnilah..camtulah..ni tak betul itu tak betull..kengkadang tak terlintas kat fikiran kita pun..dia boleh fikir..kengkadang tu entah ape2..mintak jauhlah kalau dapek jiran macam ini. okay aku bagi contoh yer..

kalau tengok orang tukar kereta baru ker....waahhhh dia tak senang duduk..dia pulak yang rase tergugat ..kalau boleh dia nak tahu ..orang installment bayar berapa tahun ..kat bank mane...dapat2 pulak orang tu pangkat bawah daripada dia.."eleh..nak tukar kereta ..sanggup jual kereta lama..abis kalau orang tu dah ada dua bijik kereta ..dah tentu2 lah jual satu..cukuplah 2 ..takan nak 3 pulak..kalau dia ada 10 bijik kereta pun...bukannyer orang tu mintak ko bayar...yang peliknyer..apsal dia pulak yang sakit hati..

dulu penah orang spesis camni kat opis aku..ada sorang staf tu second wife ..tapi kat opis dia tak ada masalah dengan kengkawan..so tak ada sebablah kita nak musuh ngan dia..as long as u love me as dia okay ngan kita..dan tak ambik suami kita..okaylah kan. (contoh tak bleh bla..).yang dia nie tak puas hati ..sibuklah nak tahu itu...nak tahu ini..ada jer orang tu buat tak kena kat mata dia.sampaikan bergaduh tarik2 rambut.fuuh teruk betul.

okaylah ..itu jer bebelan aku untuk petang ini..hahaa..pada aku janganlah kita sibuk jaga tepi kain orang ..tepi kain kita tengok dulu..manelah tahu kot2 ada terkoyak ker..kan kan jonet kan kan?



maak aii ..muncung boleh gantung hanger youu...


Related Posts with Thumbnails