Jom Kelik-Kelik !

Aug 26, 2011

SeLaMaT HaRi RaYa


Selamat Hari Raya ...Hari untuk kita bersuka ria.. setahun hanya sekali .. merayakan hari yang mulia ini. Dam Dam Dum bunyi mercun...

Lagu-lagu raya berkumandang di sana sini membuatkan kita sudah terasa kehangatan nak berhari raya.  Semestinyalah kita sudah terbayangkan juadah-juadah yang enak tersusun di atas meja di pagi Syawal. Makanan itu bertambah-tambahlah enaknya kalau dimasak dari air tangan ibu kita sendiri. Hidangan hari raya yang paling aku suka ialah Ketupat Pulut yang mak buat ..memang tiada tandingannya ..hingga menjilat sarung ketupat ..heee... macam tulah walaupun kemana pun kita pergi masakan ibu juga mencari igauan kita terutamanya kalau kita berada diperantauan..tapi setakat ini alhamdullilah setiap kali raya memang aku dapat berhari raya dengan mak.

Mak - Hari Raya, Hari Raya - Mak. Syukur Alhamdullilah.

Sempena Hari Raya akan bakal menjelang beberapa hari saja lagi, aizeepesona/yun aizun/aku/saya....ingin menyusun kesemua jari2 yang ku ada untuk memohon kemaafan kepada semua follower2 yang seramai 44,000 orang tuuu..kalau ada kata-kata dalam blog aku ni bisa menyinggung perasaan si pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin kepada semua dan kepada sesiapa yang akan pulang berhari raye ke kampung..bawak kereta baik-baik tau!

SELAMAT HARI RAYA ..MAAF ZAHIR BATIN !!

Yaaaaahhooooooooooooooooo raye !!!

Aug 24, 2011

KaLau Ikut HaTi..

 

"Kalau diikutkan hati "...yaaa itulah dia kalau diikutkan hati mati ..persiapan hari raya memang rasa macam nak buat majlis kahwin nak rancang itu dan ini padahal benda -benda bukannya wajib pun. TETAPI ..naluri perempuan kalau nak berhari raya rasa macam nak tukar semua benda kat dalam rumah tu biar tampak menarik..tapi apakan daya terimalah hakikat bahawa aku tak bisa merubah sedemikian rupa kerana aku terpaksa berpijak dibumi yang nyata. Sambut sekadar yang termampu..takut nanti lepas raya aku yang merana..ishh ishh sian....

Tahun ni langsir tak tukar kerana tahun lepas dah tukar. aku kalau tukar langsir memang tempah dengan orang yang sama sebab aku tak payah susah-susah nak menggantung langsir tu, orang tu yang buatkan semua ..sediakan uwangnya sahaja ya buk.

Alas Meja - wajib tukar sebab dia murah.hehee..

Sofa        - tak tukar sebab guna sofa turun temurun daripada arwah abah punye dulu. hahaa..tak delah. Raya tahun ni belum ada budget untuk itu insyaallah tahun depan kot. (apa2 hal berangan dulu).


wah..cantiknya bilik tidur ni macam bilik tidur aku (masa dalam mimpi aku tahun lepas).

Bilik Tidur     - aku cuma beli cadar baru ..itu jer..beli yang 100% cotton sebab sangat best bergulung didalamya disaat kesejukan.


Dapur     - aku beli set pinggan mangkuk satu set vintage baru. auuwww...hee..
              - bakul laundry baru , tempat letak baju2 kotor (vintage design lagi).
              - washing machine tahun ni aku belikan dia baju raya. (vintage lagi)

at lease nampaklah ada perubahan sket. sebab takkan nak renovate dapur sebab nak rayekan..tapi kalau ada budget , itu semestinya! haakan terluah perasaan di hati.


untuk ruang tamu tak ada yang special cuma beli pasu bunga baru (.................design lagi) isikan tempat kosong. Jawapan sama seperti di atas.

 kiranya lebih kurang macam nilah rumah aku..ngehngeh


Nanti senang-senang aku upload gambar2 bebarang yang aku beli tu yer. semuanya harga tak mahal tapi cukuplah sekadar menggembirakan hati sendiri..yang ponting RAYO totap RAYO !!! yaaahooo...!

Aug 23, 2011

NaZam LeBaran




Lirik Lagu Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza



( 1 )


Berdendang mari berdendang


Berdendang di seluruh alam


Bergema suara bergema


Nazam lebaran






Bertingkah rentak bertingkah


Bertingkah paluan rebana


Berkisah alunan berkisah

Nazam lebaran






( ulang 1 )






Kuduskanlah kemaafan


Tuluskan keampunan


Di hari mulia ini


Sucikan diri






Di langit (berkilauan)


Dan di bumi (berkelipan)


Nur Ilahi menerangi


Syukurlah (kepadaNya)


Laungkanlah (kepujian)


Zikir rindu pada yang Esa






Bergemalah nazam lebaran






( ulang 1 )






Berkalamlah sejarah


Kehidupan manusia


Kembali jernih hati yang bersih


Di bulan yang mulia






Dendang mari berdendang


Dendang lagu lebaran


Tingkah mari bertingkah


Alun nazam lebaran






Bergemalah nazam lebaran






( ulang 1 )






Bergemalah nazam lebaran


Kuduskanlah kemaafan


Tuluskanlah keampunan


Di hari mulia ini


Sucikan diri






Di langit (berkilauan)


Dan di bumi (berkelipan)


Nur Ilahi menerangi


Syukurlah (kepadaNya)


Laungkanlah (kepujian)


Zikir rindu pada yang Esa






Bergemalah nazam lebaran




Puji pada Ilahi

Takbir di pagi mulia (2x)


Raikan


Lebaran


Di hari kemenangan





Aug 16, 2011

EngliSh DeCoRation GaRden


Tiba-tiba jiwaku dibelai-belai dan rasa ingin bersantai di suatu tempat yang sungguh nyaman udaranya dan dikelilingi oleh bunga-bungaan segar mewangi diiringi pula hembusan angin dingin membelai diriku ini..waaaahhh...imaginasi begini melanda diri aku mungkin disebabkan oleh beberapa kekusutan yang melanda diri aku semenjak dua menjak tiga menjak ini..dan kerana mood berpuasa yang dah tentu-tentunya nak melepak ditempat-tempat yang sejuk & dingin ....tak caya cuba bayangkan sekarang kalau anda berada di suatu tempat yang panas, bising, busuk, hirok pikok....ala2 Puduraya lah senang citer....pin pin !! ton ton !!...pooooonnnn!!....ah tensionkan?......

Sebab tulah aku suka bercuti di Cameron Highlands...hehee..gambar-gambar ni semua ni..bayangan gurauan aku jer..bila aku nengok gambar taman-taman ni kan..terasa macam nak jadi macam snow white pun ada ....pakai gaun sambil memegang sebiji bakul dan dikepitkan di tepi pinggang berjalan-jalan sambil memetik bunga-bungaan dan strawberry jugerr...jangan marah haaaa....

Rasanya ada banyak nyamok tak kalau aku buat kat gumah aku cenggini?

Waaaahhh duduk bersantai kat belakang rumah sambil baca magazine.....(mingguan wanita...hahaa..)

okaylah itu sajer bayangan gurauan aku untuk korang pada hari ini yer...

nak pergi kutip strawberry jap...ehh mane bakol tadi...
ha ni dia....

la la la la la la la la la.......

Aug 15, 2011

Lepas rindu di PiZZa HuT


Balik dari Terengganu tempohari aku sampai pun sudah agak lewat malam..so ayah poji pun dah pergi keje.Makanya tak dapatlah jumpa ..Ayah poji yang semakin slim semenjak ambil produk LICTHIN....t-shirt2 dia yang macam karung beras dulu tu dia tak nak pakai lagi...(masa tu aku selalu usik kat dia yang aku dah 2x beganak dia tak beganak2 lagi)..ngehngeh..

Oleh yang demikian...keesokan harinya ayah poji pun mengajak aku & anakss-anakss ker Pizza Hut Tampin untuk melepaskan rindu dendam..( perasan..) opss lupa ayah poji soh bawak adik aku sekali..(syiera). Ala biasa-biasa jerkan ..makan kat pizza hut..tapi kalau tunjuk gambar-gambar ni semua pada bulan puasa ni..mesti perasaan itu menjadi agak luar biasakan? heee..

Masing2 menggayakan pakaian yang aku beli kat Terengganu..excited u..

Sementara menunggu pizza siap..kanak-kanak akan diberi sehelai kertas ..untuk menghilangkan rasa boring...ala macam teka silangkata tuu..bagus jugak idea dorang nih..sebelum-sebelum ni tak adalah pulak...

 apsal ijat ? masam ker air tu..

si kenit nih memang pantang nampak benda-benda yang bercirikan pisau..
seboleh-bolehnya dia nak buat sendiri...

belum apa-apa dah jilat jari..whatlah you..

 lupa nama yang ini...tapi dia chicken wing ..tapi memang sedap sangat sebab rasanya lain dengan chicken wing yang biasa order sebelum-sebelum nih.

Mata aku nampak dah macam muka orang Jepun tengah makan sushi ..hahaa..tapi    ni Jepun celup sebab tak pandai pakai chopstick..
(tak per raye nanti mintak maaf..heee..)

Bayangkan rasanya yang enak & lazat ..pizzanya yang gebu .rasa yang sungguh memukau..tapi apakan daya anda hanya mampu melihatnya sahaja dengan perasaan yang tidak puas hati dengan orang yang meletakkan gambar itu di sini...!..heee..Bukan apa saja nak korang muhasabah diri bulan2 posa nih..

bye ..jangan marah haaaaa...


Aug 12, 2011

MaJLiS PeRpiSahaN

Majlis Perpisahan Staff Unit Kesihatan dibuat khas untukku pada Jumaat 29 Julai yang lalu. 19/7 - 22/7/2011 seronok-seronok g Benchmarking...balik jer...haaameeekkk ! kena bertugas di tempat lain pulak. Sekarang ni aku berada di Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti. Nama kemain lagi..tapi..tuuuutttt.. "Sorry yer wartawan-wartawan semua i tak boleh bagi apa-apa komen buat sementara waktu ni..kerana i takut nanti akan terjejas karier i nie..." ngehngeh...

Plug Berlogo Unit Kesihatan UiTM Melaka yang diserahkan oleh
 Dr. Sapura..huhuu..touching..touching

 Tuala untuk lap hingus...hahaaa..! cenderahati tuuuu..amek..amek..!

Menu nasi beriani yang dibuat khas oleh Hj.Rahim Midon
(MA Unit Kesihatan UiTM Melaka)
 sempena majlis ini dan dia sanggup mengambil cuti untuk memasak..thank you ! thank you Hj ! Nasi Beriani Hj. memang sedap sangat ...memang puas hati ...!


Dengan penuh semangat ...amek cepat nanti abis..!

 Cheese cake pemberian Dr. Sapura untuk majlis ini...Terima Kasih Dr.


haaa yang ini aku bawak pulak untuk kengkawan....Chocolate Moist Cake .
Dikesempatan ini aku nak promosi sekali yer..
Sesiapa yang nak order boleh oder yer ..rasa dia tok sah cakap memang rase Chocolate Moist yang sebenar. harga RM45.00 sahaja. Sebenarnya cake ni makcik kat Taman aku yang buat, so masa penyerahan cake ni..dia mintak tolong aku promosikan kek dia ni..tu yang aku tengah tolonglah ni...dapat dapatlah pulak dalam bulan puasa nikan....pahala tuu..hee.. 

Akhir kata Selamat Tinggal buat semua rakan-rakan yang tersayang..
love u all !

Aug 11, 2011

Untuk aku sebenarnya...


Assalamualaikum semua ....Di saat aku update blog ini ..aku sudah ditugaskan di Bahagian lain..sekarang ini aku tidak bertugas di Unit Kesihatan lagi. Bukan aku seorang saja ditukarkan tetapi hampir 30 orang Pembantu Tadbir (kerani) & Pembantu Rendah Awam yang telah ditukarkan ke Bahagian lain. Jawatan macam aku ni memang takkan stay pada satu tempat sahaja...sekarang ni ada reshuffle secara besar2an..redha ajerlah. Cuma aku rasa tak berapa nak faham kenapa begitu cepat bertukar tempat kerana aku di Unit Kesihatan baru 2 thn 1/2 jer..ada tu baru tukar baru 1 tahun lebih pun dah kena tukar. Mengikut tatacara kerja reshuffer kat negara di Jepun...ianya akan dibuat untuk staf yang sudah berada di sesuatu bahagian itu selama 5 tahun ke atas sahaja..

Ada staf yang melebihi daripada 5 tahun tidak pula ditukarkan. Tapi cuma aku berpuas hati kerana aku pergi bukan kerana bos calonkan nama aku keluar....(Perfomance Appraisal aku ok tau bos bagi..hehee...) dia juga tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi kerana tidak diberitahu sedari awal ..masuk bilik mesyuarat ...tup tup terus diberitahu ..rasa macam nak demam masa tu..Tapi aku redha jer..mana bahagian pun sama janji kita lakukan kerja dengan ikhlas...insyaaallah...

Tujuan Benchmarking Unit Kesihatan ke Terengganu adalah kerana untuk meraikan perpisahan untuk MA kat tempat aku yang akan menamatkan tempoh kontraknya pada bulan Nov tahun nih ..tup2 balik jer dari Terengganu nama aku yang naik dulu..laaaaaaaaaaaaahaaaaiii....untuk aku sebenarnya...huwahhh...sian ko yon..!!




Bersantai bersama rakan-rakan tersayang....di bawah pokok di tepi
Pantai Pulau Kapas...sementara menunggu ketibaan bot.


Cantik sungguh pemandangan Masjid Kristal.. gambar ini di ambil daripada dalam bas.


Makcik yang bersanggol tinggi ni sedang sibuk membeli keropok yer..jangan kacau ..hahaaa..!


Nampak cam poyo jer pegi buat lawatan kat Taman Tamadun Islam (replika masjid2 yang terkemuka di dunia) ni pakai baju kurung..kalau diikutkan nama tempat tu memanglah sesuai tapi disebabkan aku kena berjalan dari satu replika masjid ke masjid yang lain alamak ai leceh sketlah kalau pakai baju kurung nie....Bayaran masuk adalah RM15.00. sebenarnya dorang tak mau balik hotel selepas daripada buat lawatan di UMT & UNisZa takot nanti dah balik Hotel ..perut dah kenyang , kena pulak aircond  dah tentu2 tak kuar bilik dah...zzzzzzzzzzzzz


Deretan challet di Pulau Kapas ...
Sungguh indah pemandangan di Pulau Kapas...

Gambar beramai-ramai semasa di Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Terengganu...

Selamat tinggal kawan2 tersayang yang berada di Unit Kesihatan UiTM Melaka & Kampus Bandaraya Melaka..sukerrr sangat keje kat situ sbb orang2 kat situ semuanya cool !..Seronok dapat merasa bekerja dengan orang2 perubatan yang sebelum ini aku belum pernah rasa pengalaman yang aku sangat2 hargainya ..terutamanya bila kena bertugas semasa wabak H1N1 melanda dua tahun lepas ....fuuhhh dengan aku2 sekali kena jadik nurse ..hehee...

 tapi dalam banyak2 gambar di Terengganu...
ini adalah gambar misteri pada aku..
cuba tengok apa yang nampak misteri?
cuba nengok sebeleh kanan aku...
nampak?
sudah nampak?
itu belakang ada kubur..
huhuuu...

Related Posts with Thumbnails