Jom Kelik-Kelik !

Apr 1, 2011

Jika itu yang boleh disumbangkan....


Assalamualaikum semua ! ha agaknya gambar apakah diatas itu yer..yaa betool ! gambar orang sedang bermesyuaratlahkan apa lagik ! haha. Masa ni tengah ada Mesyuarat AJK COMBI..(bergandingan dengan..wah bergandingan kelako jer bunyik dia..Jabatan Kesihatan untuk memastikan kawasan di Taman Perumahan bebas daripada nyamuk aedes.) Kita orang tak ramai ada dalam 20 orang jer sebab dia nak orang yang betul-betul comitted pada kerja-kerja yang diamanahkan ..yelahkan kerja inikan kerja kebajikan....tak do elaun tau..

Nak citer kat korang yang dulu nyer aku nie nak campur-campur orang ni sorrylah ..yelah sibuk kerja siang-siang buta dah keluar rumah memalam baru balik dah letih dan hari Sabtu pun aku kena kerja walaupun half day penat jugak sebab kena bawak kereta yang perjalanannya yang memakan masa selama 45 minit. itu kalau aku kena kerja di Bandar Melaka kalau kena bertugas di Muar...pehhh jauh giler ...lurooossssss jer...mengantuk mak....bosan giler bawak kereta...ha yang itu 1 jam setengah aku  kena bawak kereta..menangis tak berlagulah....ini masa highway belum siap punya cerita..sekarang Alor Gajah -  Bandaraya Melaka , Alor Gajah - Muar , dah ada Lebuh AMJ dah sonang dah berdesuup jer sampai...

Semenjak aku kojo gomen nilah ada masa untuk bercampur-campur masyarakat kat Taman aku tu. kalau tak makcik-makcik kat taman aku tu ...aku nak tegur pun segan-segan..yelah tak kenal hati budi lagi...mesti kita rasa.."makcik ni mesti garang.." " makcik ni mesti sombong".tapi bila nak kenal seronok pulak ..dah jadik "geng" pulak ngan dorang...tp bukan "geng bas sekolah" tau..hee..kat dalam Pasukan Combi aku tu...aku yang paling muda..walaupun aku dah tak berapa nak muda...huhu)

aku dah pakai "unipom" combi..hensem tak? hehee


Kalau ikutkan aku ni..bukannya aku suka buat kerja-kerja cenggini ..masuk belakang dapur orang...peksa tong..peksa tempurung kelapa..peksa pasu bunga orang...ishhh..kekadang tu..terasa gegatal badan aku tau...tapiiiii..tapiii...haaa disebabkan rasa tanggungjawab aku sebagai anak kayu jati Taman aku tuu..aku buatlah apa yang terdaya. Mana tak yer aku dah dok situ masa aku umur 8 tahun kot... aku rasa berpuas hati jika sekiranya ada sesuatu yang aku boleh sumbangkan kepada masyarakat setempat.....wahhh gituuuu..

 


ha tengok dah dapat jontik-jontik ! bahayo nih..bahayo nih ...


 ni masa ni ada gotong -royong anjuran COMBI jugak...

 

Semenjak COMBI Kg.Pisang Taman Seri Kelemak ni kerap membuat pemeriksaan ..Nampak betul perubahan kat taman aku tu..semakin bersih dan semakin peka dorang dengan kebersihan kawasan rumah..tapi yang paling aku tension bila orang-orang kita bagikk sewa kat WARGA ASING....makkkkk aiiiii kotor gilerrrrr ... !!

okay bye...nak g tahan marah jap..
heheeh

2 comments:

  1. dasyat ko skrang ek yun...berjiwa rakyat...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Jo-Achilles-hee..tu la pasal..yelah kan...dah jadik penduduk tetap kat situh..dulu kat KL ingat nak jaga diri sendiri jer..kahkah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails