Jom Kelik-Kelik !

Jun 7, 2012

A B A H


Minggu lepas mak kita update gambar ni kat pesbuk...almaklumlah sekarang mak kita dah ada pesbuk ..canggih tak? hehee..mak tag gambar ni...huhuu syahdu sangat. Teringat masa-masa ni bersama arwah abah ZULKHAINI KAULAN ..abah yang aku sayangi ...diam tak diam...sudah hampir 18 tahun abah meninggalkan kami untuk selamanya...

Masih jelas di ketika itu aku baru berumur 19 tahun apa lagilah adik2 aku semua tu masih lagi bersekolah. Dulu Abah kerja TUDM dan semasa meninggal tu abah dah bersara. Kesian mak masa tu yang terpaksa menanggung anak-anak yang seramai 4 orang semuanya masih di dalam proses meningkat remaja dan masih bersekolah pulak tu. Masa tu aku keje pun berapa sangat gaji tapi aku tak penah lupa setiap bulan menghulur pada mak walaupun tak banyak ..pada aku, gaji yang aku dapat itu bukan semua hak milik aku ada bahagian yang perlu ku berikan pada mak yang memerlukan...nasib baik jugaklah mak seorang wanita yang tabah dan pandai pula berniaga dan sentiasa mempunyai idea untuk mencari wang jadi..tak penahlah kita orang adik beradik tak ada makan walaupun tak semewah mana... 

Masih teringat di kala adik aku mendapat tawaran sambung belajar di ITM Jengka masa tu tuhan yang sahaja yang tahu betapa sedihnya hati kami adik beradik menangis bersama-sama sambil berpelukan ..apabila adik aku cakap .." along ...kalau abah ada mesti abang suka.." huhuu sedih sangat masa tu...yelah Allah lebih mengetahui dan lebih menyayangi dirinya..ibarat orang yang sudah berpenat lelah bersawah padi tetapi tidak sempat untuk menikmati hasil tuaiannya....rezeki Abah sampai disitu sahaja..Allah lebih mengetahui...

Di saat kami menerima berita daripada emak menyatakan yang Abah dah tak ada..kami meraung sekuat hati dan menangis bersama2. masa tu mak di hospital..kami bersiap2 hendak ke sana setelah berulang alik selama lebih kurang 3 hari. masa tu Abah dah koma dah tak sedarkan diri di rumah, abah rebah setelah abah beritahu kami abah pitam..Abah ada penyakit Darah Tinggi sebab tu lah abah kena stroke..kami adik beradik semua ada mengelilingi abah yang sudah rebah di ketika itu. Aku panik sampai pegang kipas sambil berdiri..dahlah sayu rase hati nak cerita yang selanjutnya..

Sewaktu ketiadaan abah barulah kami tahu dan sedar siapa mak saudara dan bapa saudara yang benar2 menyayangi dan mengambil berat pasal kami beradik.. masa tu tiada yang bertanya tentang makan pakai kami... siapa yang sanggup menghantar adik untuk menyambung pelajarannya di UiTM Jengka..siapa yang nak hantar adik aku ke asrama...yang membantu emak dengan urusan andaman..angkat pelamin..pasang pelamin...tolong mak hantar barang2 dan kotak2...(courier service).

Ternyata ada seorang insan yang hadir di dalam hidup kami..seorang yang pandai mengambil berat dan sekaligus mengambil hati kami adik beradik...ajal maut dan jodoh Allah yang tentukan ....maka bertemulah mak dengan Ayah Karim kami..Ayah tiri kesayangan kami. ABAH tetap abah...tetapi sekurang-kurang ada orang yang sentiasa bersama mak di kala anak2 mempunyai tangungjawab lain diluar sana. Setelah mak berkahwin dengan Ayah Karim berulah aku berani menerima tawaran kerja di KL barulah senang hati adik2 nak belajar di luar daerah.. Ayah Karimlah yang sentiasa menjaga kebajikan kami adik beradik dan mak sentiasa berada di samping kami di saat memerlukan..kami benar-benar nampak keikhlasan beliau..yang penting dia bukan hak milik orang. Ayah Karim seorang duda ,isterinya meninggal kerana sakit.

Benarlah kata orang..KASIH SAUDARA MASA BERADA....KASIH IBU SEPANJANG MASA....

Abah seorang yang baik, tak pandai buat orang marah dan sakit hati dan sepanjang hidup aku tak pernah aku dengar yang Abah ada musuh...abah bertanggungjawab pada keluarga dan sangat menyayangi anak-anaknya..

Semoga ABAH tenang di sana ...Al-Fatihah...

5 comments:

  1. Salam...benar minda tidak akan ingat dengan tepat apa yang apa yang berlaku tetapi hati sentiasa ingat apa yang kita rasa waktu itu.

    Alfatihah buat arwah abah..syukur ada abah tiri yang ambil berat.setiap perkara berlaku ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..sedih baca cerita ini,saya pula dah tak ada kedua2 nya,ayah pergi setelah genap sebulan 1 hari mak pergi..dugaan buat kami adik-beradik..

    ReplyDelete
  3. NaniRostam -terima kasih byk kak nani..berlinang air mata bila baca apa yang akak tulis ni...

    ReplyDelete
  4. mama aryan -terima kasih kerana sudi membaca blog saya..yelahkan orang penah merasa kehilangan org yang tersayang saje yang tahu betapa sedih dan pilunya "kehilangan" itu..

    ReplyDelete
  5. BERJURAI-JURAI AIR MATA MEMBASAHI PIPI...SYUKUR SAYA PUNYA IBU DAN KAKAK YANG SUSAH SENANG DIHARUNGI BERSAMA..SAYANG KAMU SEPENUH HATI...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails