Jom Kelik-Kelik !

Dec 2, 2010

Sesekali Kena Sedarkan Diri


Gambar aku lebih kurang 10 tahun yang lalu. auwww...

Semenjak dua menjak tiga menjak nih..(suka guna ayat nabil )...agak kesibukan sket kerana mengendalikan banyak hal-hal di pejabat..wahh..semalam coti tak cakap.
Okaylah berbalik kepada tajuk yang diberi, SESEKALI KENA SEDAR DIRI..
jangan salah sangka yer bukan aku nih pengsan kerr.. atau tak sedar dek untong..bukan bukan dan bukan yer..maksud kepada tajuk itu adalah.. sesekali aku kena sedarkan diri aku nih ..bak kata stacy "Alamak telebih sudah"..tapi ini kes lain..kes terlebih muatan berat badan ..so sesekali bila nengok kat cermin tu kenalah renong-renong kembali (muhasabah diri) ..dan seterusnya pergi nengok kat album-album lama. MAKA tersedarlah aku (Lamunan Terhenti) dari igauan ngeri kerana berat badan memang bertambah-tambah. Ngeri kan?

Perasan gemok bila  :

1.  join aerobik dengan budak2 remaja yang badan macam kerengga ..phweeiitt..baru sedar tahap aku dimana..kalau join makcik -makcik yang lemak dah tepu tuh..aku perasan aku slim.

2.  Tengok album-album lama dan lihat perbezaan muka masa anak dara & dah jadik mak dara. Lihat dari segi kelebaran dan diamater muka itu.

3.  Kawan-kawan yang dah lama tak jumpa - minimum 10 tahun keatas. Conpem akan cakap.."ehh yun badan ko dah naik ar.." pehhh sungguh pedeeeh menusok ! ..

dan paling tak tahan bila anak dara cononit tu cakap kat aku..

"siaaann ibu...ibu dah GEMOOKK..." huwaaahh.!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails