Jom Kelik-Kelik !

Sep 8, 2011

Buat Pertama Kalinya.....


Assalamualaikum semua...

macamana raya ? seronok...? Sambutan Hari Raya pada aku untuk tahun ni agak hambar ..ntahlah ada beberapa perkara yang berlaku membuatkan aku tak berapa nak happy. Tapi tak apalah yang penting hari raya telah diizinkan olehNYA dapat beraya bersama keluarga tercinta. Itu adalah rahmat dan anugerah yang tidak ternilai oleh kita yang bernama manusia ..

Raya tahun ni ada kelainan sket..jeng..jeng..jeng...(bolehlah ubahkan mood agar lebih ceria..huhuu..) kerana buat pertama kali dalam idop ..aku pakai contact lens..teringin sangat-sangat sebab adik aku selau pakai daripada zaman anak dara dia sampai dah 4 orang anak..aku baru nak start..siankan? Aku selalu tengok kalau orang pakai contact lens nampak berseri-seri dan boleh nampak Vouge sketlah..hehee..ye ker..?yelah koot...

Gambar kat atas tu masa aku baru "dipakaikan" contact lens oleh budak Kedai Cermin Mata Axis..sebab aku takut nak pakai. (malu tapi mahu). Akhirnya aku telah berjaya meletakkan contact lens itu pada bijik mataku...uhhhhh tak sangka betul mcm gayat pulak rasanya...




Muka hari pertama memakai contact lens kat opis. First day lepas raye..
lepas nih nak try warna apa pulak erk...
biru mata itamku....wooww !! ...hijau ?...haa tak payah lagi nak segarkan mata pandang benda-benda hijau sebab mata  dah hijau.hee..
Akhir kata terima kasih kepada adindaku Yun Zanariah kerana mengenalkanku kepada Dunia Contact Lens...giteewww..


Kerana diriku begitu berharga....auwww..tak kuasa mak !

2 comments:

Related Posts with Thumbnails