Jom Kelik-Kelik !

Oct 17, 2011

Sayangi Ibu

Assalamualaikum kepada semua...

Hanya dek kerana gambar burung ini aku jumpa di facebook..hati aku betul-betul tersentuh. Korang suka tak gambar ni?...Subhanallahkan..begitulah kasih sayang seorang ibu kepada sepasang anaknya...hehee (nak tuju pada diri sendirilah tu). Sbenarnya begitulah kita sebagai insan yang sudah bergelar ibu macam ada magnet pulak kita dengan anak-anak yang kita jaga semenjak daripada dalam kandungan lagi.

Tapi bagaimana caranya untuk kita mempunyai anak yang hatinya sentiasa melekat kepada ibunya walau tidak kira di mana mereka berada dan apa yang mereka lakukan. Didikan & kasih sayang yang jujur dan ikhlas dan sentiasa berada di samping mereka di saat mereka memerlukan..

Cara didikan rasanya sekarang pun sudah agak berbeza kerana orang zaman sekarang kebanyakannya tak suka menyusukan anak sendiri. Mereka lebih rela beri anak-anak minum susu formula. Kalau campur2 tu okaylah masih boleh diterima pakai lagi.. sebab apa tak nak erk? agaknya sebab sibuk...leceh, malas nak tunggu lama2...bosan.... nak sonang tak yah susah2. Menyusukan anak memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...macam aku suka menyusukan sambil berbaring...tu yang selalu terlolap tu..hehee..penah sedar2 jer mak aku jerit kat anak aku sedang merangkak menuju ke pintu dapur..Oh yun mudahnya ko terlelap...hahaa. Tapi memang tidak dinafikan terlalu banyak khasiat, kebaikan dan kesan jangkamasa panjang..bila kita menyusukan mereka kita akan dakap, memeluk dan mereka juga akan rasa lebih berkeyakinan kerana didampingi..

Seronokkan jika kita dianugerahkan anak-anak yang sentiasa mendahului kita dalam apa jua keadaan, mereka akan meminta pendapat & restu kita untuk melakukan sesuatu...terasa diri kita begitu dihargai gitewww..untuk mendapatkan hasil sebegitu kita yang mencorakkannya sedari awal lagi...

Orang dolu-dolu kalau buai anak siap nyanyi2 lagu macam2..."buai laju-laju sampai cucur atap..dari segi lagu2 itu sendiri sebenarnya mempunyai nasihat2 dan sifat2 yang positif yang boleh dibentuk...insyaallah.."atau berselawat ker...orang sekarang senang jer...pasang jer buai karen tu....toing3 mengikut kelajuan yang ditetapkan yer...camno?? hehee...tapi kalau dah mampu nak beli dan cover part lain pulak..kira okaylahkan..tapi janganlah diharapkan bulat2 pada mesin yg tidak bernyawa & berperasaan itu dan berharap sepenuhnya pada susu dak lembu tu....Moooooooooooooo!! tapi jika telah ditakdirkan memang tak do susu tu ...itu kes lain lah yer...Allah maha mengetahui ...

Kesimpulannnya sayangilah ibu kita sebagaimana ibu mengasihi kita...tetapi menjaga & mendidik anak2 zaman sekarang memang mencabar...mencabar sangat-sangat !!..huhuuu...







2 comments:

  1. i luv my mak...

    harap-harap anakku pun luv mama dia ni ha..

    ReplyDelete
  2. i luv my mak too...hehee

    kita dah jadik mak baru tahu kan....huhuuu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails