Jom Kelik-Kelik !

Dec 5, 2011

Karaoke Taman Seri KeLemak...Meriah !!


Hamper2 yang telah siap di bungkus cantik2 oleh Yun & Co.(hehee..)

Assalamualaikum semua ...alhamdullilah selesai sudah Program yang telah di rancangkan untuk penduduk2 Taman Seri Kelamak yang tercinta ini. Nama Program tu ialah...jeng jeng jeng... "Pertandingan Karaoke Tertutup untuk penduduk Taman Seri Kelemak 2011 anjuran Pemuda & Puteri Umno". Rase2nya dah tiga kali jugaklah bertukar-tukar tarikh ..memula 27hb Nov terpaksa ditukar kerana tak perasanlah pulak tarikh Awal Muharam...ishh tak bleh..tak bleh...tukar kepada 25hb...uushh ada pulak perkara2 yang tidak dapat dielakkan kerana melibatkan orang2 penting dalam program ini..dan terakhir sekali the very the muktamad one ialah pada 27hb November 2011..sorry erk semenjak2 nih asyik nak update kat Pesbuk jer sian kat Blog aku nie...dah ketinggalanlah pulak...tulahkan dah ada Blog kenalah rajin2 update..echewaaahhh..


inilah hasil kreativiti dari kita orang, keje orang bungkus membungkus...tapi mastermind nyer memang adik aku ler (Yun Zanariah merangkap MC pada malam program tu) ..dia memang bab2 mencari hadiah2 ..hamper2...memang No.1 !!! Bab mengacara majlis pun dia OK !..tu yang dia kena jadik MC malam tu....alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...well done dear..

Orang ramai sudah mulai tiba di Balairaya. Setiap yang datang berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah...



Sebenarnya bukan hadiah yang menjadi pokok utama cuma peluang yang ada untuk beramah mesra bersama penduduk2 taman itu yang lebih menjadi keutamaan ..kira2nya kalau jumpa tepi2 jalan tu..dah boleh bertegur2lah dengan makcik2, pakcik2 , akak2..adik2 dan sebagainya aku rase lebih seronok sebab pergi mane2 jer kat sekitar kawasan taman aku tu semakin ramai pulak kenalan...ehem...ehem...(bukan boypren okkay..)

 


aku jadik tukang gulung kertas cabutan bertuah tu...dibantu oleh anak dara cinonit sebelah tu...


masa ni pulak dia sibuk nak bawak buku..."ibu yang ini nak colour ape? yang ni macamana ..tulis ape ni bu ?? adooii tak per tak per layan jangan tak layan...

 
Suasana di kawasan luar Balairaya sebelum program bermula......

Dah penuh dah....


Okay mula...( cam kenal jer camerawoman ni...)

turut datang memeriahkan suasana pada malam itu.. YB. Datuk Hjh.Norpipah ....dan kami benar2 menghargai kemunculan beliau pada malam itu kerana walaupun beliau begitu sibuk nampak agak kepenatan masih juga sempat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan penduduk Taman Seri Kelemak...

 


Me and my lovely sis....
Berganding bahu....
adindaku Suffian...KP Taman Seri Kelemak yang kusayangi ...amboi2 ala-ala maher zain nampak...memang kena dengan tema malam itu.....harap2 dapat menjadi seorang KP yang disayangi oleh anak2 buah.buatlah yang terbaik untuk mereka...
eh apsal nampak gelap nih...tak pe yang penting korang nampak aku kat mane kan....



DJ yang diimport khas dari UiTM Melaka..(orang sukan kena jadik DJ lah pulak tapi tak per dia memang terror bab2 nih...) Seramai 11 orang peserta pada malam itu bertanding ...(dapat ambil gambar seorang peserta jer jadiklah yer kalau nak ambil gambar kesemua peserta yg 11 orang tu "sendat" blog i..heee...


Seronoklah sebab dorang semua sangat-sangat sporting pada malam tu siap bawak anak lagi u....

 

Ketua2 pemuda dun rembia yang sudi hadir pada malam itu....dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ketua Umno iaitu Encik Shaari Othman yang sudi menjadi Juri pada malam itu..Jamuan Ringan jer dari kami..adik ipar (gee) pyngees buat blueberry cheest tart ..emmmm sedap ...


Inilah dia "belia2 harapan bangsa" taman seri kelemak..insyaallah...aku sangat bangga dengan dorang ni..memang sentiasa memberi kerjasama sesama mereka saat memerlukan dan aku sangat2 berharap supaya adinda suffian aku akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka kerana apa yang dapat aku lihat setakat memang macam-macam aktiviti yang telah di rancangkan dan yang telah dilakukan bersama oleh KP untuk bersama2 mereka..sekurang-kurangnya kita dapat memberi ruang dan peluang pada mereka untuk melakukan program2 yang bermanfaat untuk menghindarkan daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah diluar sana....ini adalah salah satu aktiviti yang mungkin dapat menarik budak2 pemuda & pemudi taman seri kelemak untuk lebih rapat dengan pemimpin2 mereka....



Sekian....

*aku over ker?? takkan? takkan??...




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails