Jom Kelik-Kelik !

Dec 22, 2011

MioW MioW

assalamualaikum...hehehee..(beri salam pun nak gelak ntah ape2...uikkkk)

Cuba anda perhatikan "gambarajah" di atas...(gambarajah??). Nampak tak kat atas tu ada ape? cuba perhatikan dua bijik pasu kat situ ...nampak tak si miow miow bersantai kat dalam pasu aku tu....waaaahhh banyak cantek ko punya muka!...hahaa....adoooiii aku memang sebenarnya bukan peminat fanatik kucing sebab si ijat tembam gebu tu ada asthma...tp itu salah satu faktor ler..eeeemmm mungkin sebab aku takut nanti rumah busuk kena eyakk ngan kencing dia kot...emmmm mungkin...mungkin jugak. Tapi yang pastinya aku tak membenci kucing cuma tak berapa nak suka jer ...boleh camtu?


Tetapi kedua-dua miow itu telah menukar persepsi aku terhadap kucing. Kucing-kucing tu bukan aku yang punya ..kiri kanan gumah aku tu memang membela kucing tapi yang sebelah kiri tu dulu penah menjahanamkan seat motor ayah poji..dan penah jugak eyak kat dalam pasu aku tuu...sampai ada kuar ulat buat aku termuntah2 nak membersihkan satu kejelah pulak...grrrrrr sabar ajerlah..tak kisahlahkan kalau ko nak bela rimau ker aper tapi kenalah bertanggungjawab..! tapi yang jiran sebelah kanan ni baru menjinak2kan diri dorang dalam arena membela-bela kucing ni belum sampai setahun kot...tapi kucing dia ni okay sikit penuh dengan kesopanan & ketatasusilaan gitewww.. mungkin dorang hantar kucing-kucing tu pergi kursus birotatanegara kot...heheee..tak penahlah pulak buat aku nak angin dan mengomel sensorang...dapat-dapat pulak semenjak2 aku nengok muka miow miow tu comey dan manje jer...hahaa...sampai aku boleh cakap pagi tu sebelum pergi kerja....

Masa tu aku nak halau miow-miow tu daripada pasu aku tuuuu ..siap aku dah pegang hanger nak halau..(halau acah2 jer tau tak penah pukul binatang pon ..dosa ! ) tetiba terkeluarlah pulak skrip nie...

"eeeeee......tak jadik aku nak halau ko tau tak !....comeylah pulaakkk...ala comey comey diaa..haaa tak per tak per duduk ...duduklah dalam pasu tu...aku nak keje dulu yer..bye bye..." sampai perhatikan orang kat kiri kanan kot2 orang kata aku meroyan pulak...hehee...

macamana nak marah ....cer nengok cer nengok ....


 rase sayuuuuuu jerrr aku ...pandai kucing ni saiko aku tauu.....

inilah dia binatang kesayangan Nabi Muhammad S.A.W ......

*rase cam dah terjatoh cinta dengan kucinglah...* hik hik
(eeleehhh malu-malu kucing nampak...)
heeeeeee...

Dec 13, 2011

PenGhiBur dikaLa DuKa...


Malam tu sungguh boring..memang selalu pun boring sebab ayah poji selalu keje malam. So, aktiviti pun macam biasa ..dok dalam bilik lepak2 dengan anak2...sedang aku asyik nengok TV tetiba aku ternampak lah si ijat sedang main2 dengan Topi Beijing yang mak wan dia beli kat Beijing baru-baru nie..(dah lebih sebulan sebenarnya..hehee..) muka si ijat tu kan tembam + gebu  so bila dia pakai tu aku tergelak nengok sebab muat2 jer muka dia pakai topi tuu...aku cakap kat dia..." alo lo lo...tembamnyer dia..comeynyer dia pakai topi nie..." malu anak bujang aku tu bila ibu dia agah2 dia macam baby...ngeh2..

macam orang eskimo ....tuu yang duduk kat Iglu ...
eh dah lama tak guna ayat2 cenggini...

Mak Wan dia kata masa ni muka ijat macam muka i ...betul ker? masa dia kecik2 bawak g jenjalan selalu orang akan tegur..." eh dia dah ngantuk ker budak nie.." hellloo memang mata dia pesen tu okkay...hehee..

 smileeee....

 adik pun nak jugak interframe...lagi macam2 memek muka dia buat...!
cer nengok cer nengok....

 geletek dia...geletek dia..! ( ijat amek kesempatan nak kenakan adik dia ...)

ha ha ha ha ha !!! akulah vampire....
hantu loncat2 yang didatangkan khas dari Beijing...
hi hi hi hi hi hi ....


 sorry hidung kita bersawang sikit...sebab baru baik selesema...


bye semua !
JanganMimpi Vempire malam ni sudaaaahhh...

Dec 5, 2011

Karaoke Taman Seri KeLemak...Meriah !!


Hamper2 yang telah siap di bungkus cantik2 oleh Yun & Co.(hehee..)

Assalamualaikum semua ...alhamdullilah selesai sudah Program yang telah di rancangkan untuk penduduk2 Taman Seri Kelamak yang tercinta ini. Nama Program tu ialah...jeng jeng jeng... "Pertandingan Karaoke Tertutup untuk penduduk Taman Seri Kelemak 2011 anjuran Pemuda & Puteri Umno". Rase2nya dah tiga kali jugaklah bertukar-tukar tarikh ..memula 27hb Nov terpaksa ditukar kerana tak perasanlah pulak tarikh Awal Muharam...ishh tak bleh..tak bleh...tukar kepada 25hb...uushh ada pulak perkara2 yang tidak dapat dielakkan kerana melibatkan orang2 penting dalam program ini..dan terakhir sekali the very the muktamad one ialah pada 27hb November 2011..sorry erk semenjak2 nih asyik nak update kat Pesbuk jer sian kat Blog aku nie...dah ketinggalanlah pulak...tulahkan dah ada Blog kenalah rajin2 update..echewaaahhh..


inilah hasil kreativiti dari kita orang, keje orang bungkus membungkus...tapi mastermind nyer memang adik aku ler (Yun Zanariah merangkap MC pada malam program tu) ..dia memang bab2 mencari hadiah2 ..hamper2...memang No.1 !!! Bab mengacara majlis pun dia OK !..tu yang dia kena jadik MC malam tu....alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...well done dear..

Orang ramai sudah mulai tiba di Balairaya. Setiap yang datang berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah...



Sebenarnya bukan hadiah yang menjadi pokok utama cuma peluang yang ada untuk beramah mesra bersama penduduk2 taman itu yang lebih menjadi keutamaan ..kira2nya kalau jumpa tepi2 jalan tu..dah boleh bertegur2lah dengan makcik2, pakcik2 , akak2..adik2 dan sebagainya aku rase lebih seronok sebab pergi mane2 jer kat sekitar kawasan taman aku tu semakin ramai pulak kenalan...ehem...ehem...(bukan boypren okkay..)

 


aku jadik tukang gulung kertas cabutan bertuah tu...dibantu oleh anak dara cinonit sebelah tu...


masa ni pulak dia sibuk nak bawak buku..."ibu yang ini nak colour ape? yang ni macamana ..tulis ape ni bu ?? adooii tak per tak per layan jangan tak layan...

 
Suasana di kawasan luar Balairaya sebelum program bermula......

Dah penuh dah....


Okay mula...( cam kenal jer camerawoman ni...)

turut datang memeriahkan suasana pada malam itu.. YB. Datuk Hjh.Norpipah ....dan kami benar2 menghargai kemunculan beliau pada malam itu kerana walaupun beliau begitu sibuk nampak agak kepenatan masih juga sempat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan penduduk Taman Seri Kelemak...

 


Me and my lovely sis....
Berganding bahu....
adindaku Suffian...KP Taman Seri Kelemak yang kusayangi ...amboi2 ala-ala maher zain nampak...memang kena dengan tema malam itu.....harap2 dapat menjadi seorang KP yang disayangi oleh anak2 buah.buatlah yang terbaik untuk mereka...
eh apsal nampak gelap nih...tak pe yang penting korang nampak aku kat mane kan....



DJ yang diimport khas dari UiTM Melaka..(orang sukan kena jadik DJ lah pulak tapi tak per dia memang terror bab2 nih...) Seramai 11 orang peserta pada malam itu bertanding ...(dapat ambil gambar seorang peserta jer jadiklah yer kalau nak ambil gambar kesemua peserta yg 11 orang tu "sendat" blog i..heee...


Seronoklah sebab dorang semua sangat-sangat sporting pada malam tu siap bawak anak lagi u....

 

Ketua2 pemuda dun rembia yang sudi hadir pada malam itu....dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ketua Umno iaitu Encik Shaari Othman yang sudi menjadi Juri pada malam itu..Jamuan Ringan jer dari kami..adik ipar (gee) pyngees buat blueberry cheest tart ..emmmm sedap ...


Inilah dia "belia2 harapan bangsa" taman seri kelemak..insyaallah...aku sangat bangga dengan dorang ni..memang sentiasa memberi kerjasama sesama mereka saat memerlukan dan aku sangat2 berharap supaya adinda suffian aku akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka kerana apa yang dapat aku lihat setakat memang macam-macam aktiviti yang telah di rancangkan dan yang telah dilakukan bersama oleh KP untuk bersama2 mereka..sekurang-kurangnya kita dapat memberi ruang dan peluang pada mereka untuk melakukan program2 yang bermanfaat untuk menghindarkan daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah diluar sana....ini adalah salah satu aktiviti yang mungkin dapat menarik budak2 pemuda & pemudi taman seri kelemak untuk lebih rapat dengan pemimpin2 mereka....



Sekian....

*aku over ker?? takkan? takkan??...




Related Posts with Thumbnails