Jom Kelik-Kelik !

Sep 20, 2011

Ibu "Tolong Kedepankan"...


Assalamualaikum. Kedinginan di Cameron Highlands masih lagi terasa...nak beritahu sebenarnya baru balik dari sana.hehee. Alhamdullillah perjalanan pergi dan balik berjalan dengan lancar. Semasa dalam perjalanan pulang ada jugak hujan tapi nasib baik kerana semasa menuruni bukit tu belum hujan lagi...naseebbb...fuuhh..tapi gambar belum sempat di upload lagi kerana kamera ayah poji nak guna.....potong excited betullah....huhuu

anak dara cononit ni kalau ajak pergi makan sataykan..dia suka gunakan   
perkataan..."ibu tolong kedepankan"...mula-mula tertanya-tanya jugak       apa benda yang nak dikedepankan..gopenyer..dia nak suruh ibu dia tolakkan satay tu kedepan sket supaya senang nak makan..hehee..

 mula-mula ku layankan juga..bila dah banyak kali..haaahhh..amek tisu ni..buat  sendiri...okay tak idea pemalas aku tuh..eh kreatif aper..tapi kalau boleh janganlah bawa anak-anak keluar makan bila dah lewat malam...maka..akan terjadilah begini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

anak sapaaaaa nihhhh?? siaaann...hehee..

Sep 15, 2011

MeRdeKa RaYa UiTM Melaka 2011

 Sebenarnya kepala aku tengah pening sekarang ni.
Tapi nak jugak upload gambar untuk blog ni.
Korang sudi-sudikanlah yer nengok gambar-gambar yang ada kat sini semua.
Sambutan Merdeka Raya UiTM 2011 baru selesai tengahari tadi. Sorry N3 ni tak banyak citer...nengok gambau aje yer...






Datuk Rektor UiTM Melaka & Family diiringi my new bosssss...(Jurutera BPPF)






 Blogger bertemu blogger ..kononnyer...
layarilah ...http://farmys.blogspot.com
echewaaahh..siap promote tuu...

Sep 9, 2011

Gedik untuk korang


Pagi-pagi Jumaat ni aku tetiba cam gedik-gedik jer sket (banyak sebenarnya) nak ambil gambar bebanyak kat opis..agaknya sebab dah pakai contact lens kot aku jadi macam ni.(salah contact lens pulak). Hari ni dah release sketlah kerja dah berkurangan sebab semalam dah berhempas pulak buat claim OT untuk staf. So...apalagi tataplah gambar aku puas-puas sampai termuntah..hahaa..


 Inilah opisku .....

 Posing ala kucing siam

 Muka Blur


"Nurse kecik yang cute mute" ni aku dapat masa pegi Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam masa keje di Unit Kesihatan sebelum ni..

ha yang ni tau ..tengok lagi sampai boring

 mmuaaahhh...cayang diaaaa....
(sebenarnya gindu kat kengkawan jururawat kat Unit Kesihatan tuu..huhu..dorang gindu kat aku tak agaknya..?)

 buat macamanapun takan jadik cam dagu Dato Siti...

 okay okaylah buat cam ni okay tak ...bibir cam ANITA SARAWAK..


 pandang keyboard nampak cam bantal...

Muka kembali tenang & insaf supaya tidak gedik lagi..mmg dah tak bleh
 gedik-gedik..
hanya untuk korang jer..hehee..

okay sambung KOJO !!
semalamnyer minit mesyuarat aku tak siapkan lagii....daaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!

Sep 8, 2011

Buat Pertama Kalinya.....


Assalamualaikum semua...

macamana raya ? seronok...? Sambutan Hari Raya pada aku untuk tahun ni agak hambar ..ntahlah ada beberapa perkara yang berlaku membuatkan aku tak berapa nak happy. Tapi tak apalah yang penting hari raya telah diizinkan olehNYA dapat beraya bersama keluarga tercinta. Itu adalah rahmat dan anugerah yang tidak ternilai oleh kita yang bernama manusia ..

Raya tahun ni ada kelainan sket..jeng..jeng..jeng...(bolehlah ubahkan mood agar lebih ceria..huhuu..) kerana buat pertama kali dalam idop ..aku pakai contact lens..teringin sangat-sangat sebab adik aku selau pakai daripada zaman anak dara dia sampai dah 4 orang anak..aku baru nak start..siankan? Aku selalu tengok kalau orang pakai contact lens nampak berseri-seri dan boleh nampak Vouge sketlah..hehee..ye ker..?yelah koot...

Gambar kat atas tu masa aku baru "dipakaikan" contact lens oleh budak Kedai Cermin Mata Axis..sebab aku takut nak pakai. (malu tapi mahu). Akhirnya aku telah berjaya meletakkan contact lens itu pada bijik mataku...uhhhhh tak sangka betul mcm gayat pulak rasanya...




Muka hari pertama memakai contact lens kat opis. First day lepas raye..
lepas nih nak try warna apa pulak erk...
biru mata itamku....wooww !! ...hijau ?...haa tak payah lagi nak segarkan mata pandang benda-benda hijau sebab mata  dah hijau.hee..
Akhir kata terima kasih kepada adindaku Yun Zanariah kerana mengenalkanku kepada Dunia Contact Lens...giteewww..


Kerana diriku begitu berharga....auwww..tak kuasa mak !

Aug 26, 2011

SeLaMaT HaRi RaYa


Selamat Hari Raya ...Hari untuk kita bersuka ria.. setahun hanya sekali .. merayakan hari yang mulia ini. Dam Dam Dum bunyi mercun...

Lagu-lagu raya berkumandang di sana sini membuatkan kita sudah terasa kehangatan nak berhari raya.  Semestinyalah kita sudah terbayangkan juadah-juadah yang enak tersusun di atas meja di pagi Syawal. Makanan itu bertambah-tambahlah enaknya kalau dimasak dari air tangan ibu kita sendiri. Hidangan hari raya yang paling aku suka ialah Ketupat Pulut yang mak buat ..memang tiada tandingannya ..hingga menjilat sarung ketupat ..heee... macam tulah walaupun kemana pun kita pergi masakan ibu juga mencari igauan kita terutamanya kalau kita berada diperantauan..tapi setakat ini alhamdullilah setiap kali raya memang aku dapat berhari raya dengan mak.

Mak - Hari Raya, Hari Raya - Mak. Syukur Alhamdullilah.

Sempena Hari Raya akan bakal menjelang beberapa hari saja lagi, aizeepesona/yun aizun/aku/saya....ingin menyusun kesemua jari2 yang ku ada untuk memohon kemaafan kepada semua follower2 yang seramai 44,000 orang tuuu..kalau ada kata-kata dalam blog aku ni bisa menyinggung perasaan si pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin kepada semua dan kepada sesiapa yang akan pulang berhari raye ke kampung..bawak kereta baik-baik tau!

SELAMAT HARI RAYA ..MAAF ZAHIR BATIN !!

Yaaaaahhooooooooooooooooo raye !!!

Aug 24, 2011

KaLau Ikut HaTi..

 

"Kalau diikutkan hati "...yaaa itulah dia kalau diikutkan hati mati ..persiapan hari raya memang rasa macam nak buat majlis kahwin nak rancang itu dan ini padahal benda -benda bukannya wajib pun. TETAPI ..naluri perempuan kalau nak berhari raya rasa macam nak tukar semua benda kat dalam rumah tu biar tampak menarik..tapi apakan daya terimalah hakikat bahawa aku tak bisa merubah sedemikian rupa kerana aku terpaksa berpijak dibumi yang nyata. Sambut sekadar yang termampu..takut nanti lepas raya aku yang merana..ishh ishh sian....

Tahun ni langsir tak tukar kerana tahun lepas dah tukar. aku kalau tukar langsir memang tempah dengan orang yang sama sebab aku tak payah susah-susah nak menggantung langsir tu, orang tu yang buatkan semua ..sediakan uwangnya sahaja ya buk.

Alas Meja - wajib tukar sebab dia murah.hehee..

Sofa        - tak tukar sebab guna sofa turun temurun daripada arwah abah punye dulu. hahaa..tak delah. Raya tahun ni belum ada budget untuk itu insyaallah tahun depan kot. (apa2 hal berangan dulu).


wah..cantiknya bilik tidur ni macam bilik tidur aku (masa dalam mimpi aku tahun lepas).

Bilik Tidur     - aku cuma beli cadar baru ..itu jer..beli yang 100% cotton sebab sangat best bergulung didalamya disaat kesejukan.


Dapur     - aku beli set pinggan mangkuk satu set vintage baru. auuwww...hee..
              - bakul laundry baru , tempat letak baju2 kotor (vintage design lagi).
              - washing machine tahun ni aku belikan dia baju raya. (vintage lagi)

at lease nampaklah ada perubahan sket. sebab takkan nak renovate dapur sebab nak rayekan..tapi kalau ada budget , itu semestinya! haakan terluah perasaan di hati.


untuk ruang tamu tak ada yang special cuma beli pasu bunga baru (.................design lagi) isikan tempat kosong. Jawapan sama seperti di atas.

 kiranya lebih kurang macam nilah rumah aku..ngehngeh


Nanti senang-senang aku upload gambar2 bebarang yang aku beli tu yer. semuanya harga tak mahal tapi cukuplah sekadar menggembirakan hati sendiri..yang ponting RAYO totap RAYO !!! yaaahooo...!

Aug 23, 2011

NaZam LeBaran




Lirik Lagu Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza



( 1 )


Berdendang mari berdendang


Berdendang di seluruh alam


Bergema suara bergema


Nazam lebaran






Bertingkah rentak bertingkah


Bertingkah paluan rebana


Berkisah alunan berkisah

Nazam lebaran






( ulang 1 )






Kuduskanlah kemaafan


Tuluskan keampunan


Di hari mulia ini


Sucikan diri






Di langit (berkilauan)


Dan di bumi (berkelipan)


Nur Ilahi menerangi


Syukurlah (kepadaNya)


Laungkanlah (kepujian)


Zikir rindu pada yang Esa






Bergemalah nazam lebaran






( ulang 1 )






Berkalamlah sejarah


Kehidupan manusia


Kembali jernih hati yang bersih


Di bulan yang mulia






Dendang mari berdendang


Dendang lagu lebaran


Tingkah mari bertingkah


Alun nazam lebaran






Bergemalah nazam lebaran






( ulang 1 )






Bergemalah nazam lebaran


Kuduskanlah kemaafan


Tuluskanlah keampunan


Di hari mulia ini


Sucikan diri






Di langit (berkilauan)


Dan di bumi (berkelipan)


Nur Ilahi menerangi


Syukurlah (kepadaNya)


Laungkanlah (kepujian)


Zikir rindu pada yang Esa






Bergemalah nazam lebaran




Puji pada Ilahi

Takbir di pagi mulia (2x)


Raikan


Lebaran


Di hari kemenangan





Aug 16, 2011

EngliSh DeCoRation GaRden


Tiba-tiba jiwaku dibelai-belai dan rasa ingin bersantai di suatu tempat yang sungguh nyaman udaranya dan dikelilingi oleh bunga-bungaan segar mewangi diiringi pula hembusan angin dingin membelai diriku ini..waaaahhh...imaginasi begini melanda diri aku mungkin disebabkan oleh beberapa kekusutan yang melanda diri aku semenjak dua menjak tiga menjak ini..dan kerana mood berpuasa yang dah tentu-tentunya nak melepak ditempat-tempat yang sejuk & dingin ....tak caya cuba bayangkan sekarang kalau anda berada di suatu tempat yang panas, bising, busuk, hirok pikok....ala2 Puduraya lah senang citer....pin pin !! ton ton !!...pooooonnnn!!....ah tensionkan?......

Sebab tulah aku suka bercuti di Cameron Highlands...hehee..gambar-gambar ni semua ni..bayangan gurauan aku jer..bila aku nengok gambar taman-taman ni kan..terasa macam nak jadi macam snow white pun ada ....pakai gaun sambil memegang sebiji bakul dan dikepitkan di tepi pinggang berjalan-jalan sambil memetik bunga-bungaan dan strawberry jugerr...jangan marah haaaa....

Rasanya ada banyak nyamok tak kalau aku buat kat gumah aku cenggini?

Waaaahhh duduk bersantai kat belakang rumah sambil baca magazine.....(mingguan wanita...hahaa..)

okaylah itu sajer bayangan gurauan aku untuk korang pada hari ini yer...

nak pergi kutip strawberry jap...ehh mane bakol tadi...
ha ni dia....

la la la la la la la la la.......

Aug 15, 2011

Lepas rindu di PiZZa HuT


Balik dari Terengganu tempohari aku sampai pun sudah agak lewat malam..so ayah poji pun dah pergi keje.Makanya tak dapatlah jumpa ..Ayah poji yang semakin slim semenjak ambil produk LICTHIN....t-shirt2 dia yang macam karung beras dulu tu dia tak nak pakai lagi...(masa tu aku selalu usik kat dia yang aku dah 2x beganak dia tak beganak2 lagi)..ngehngeh..

Oleh yang demikian...keesokan harinya ayah poji pun mengajak aku & anakss-anakss ker Pizza Hut Tampin untuk melepaskan rindu dendam..( perasan..) opss lupa ayah poji soh bawak adik aku sekali..(syiera). Ala biasa-biasa jerkan ..makan kat pizza hut..tapi kalau tunjuk gambar-gambar ni semua pada bulan puasa ni..mesti perasaan itu menjadi agak luar biasakan? heee..

Masing2 menggayakan pakaian yang aku beli kat Terengganu..excited u..

Sementara menunggu pizza siap..kanak-kanak akan diberi sehelai kertas ..untuk menghilangkan rasa boring...ala macam teka silangkata tuu..bagus jugak idea dorang nih..sebelum-sebelum ni tak adalah pulak...

 apsal ijat ? masam ker air tu..

si kenit nih memang pantang nampak benda-benda yang bercirikan pisau..
seboleh-bolehnya dia nak buat sendiri...

belum apa-apa dah jilat jari..whatlah you..

 lupa nama yang ini...tapi dia chicken wing ..tapi memang sedap sangat sebab rasanya lain dengan chicken wing yang biasa order sebelum-sebelum nih.

Mata aku nampak dah macam muka orang Jepun tengah makan sushi ..hahaa..tapi    ni Jepun celup sebab tak pandai pakai chopstick..
(tak per raye nanti mintak maaf..heee..)

Bayangkan rasanya yang enak & lazat ..pizzanya yang gebu .rasa yang sungguh memukau..tapi apakan daya anda hanya mampu melihatnya sahaja dengan perasaan yang tidak puas hati dengan orang yang meletakkan gambar itu di sini...!..heee..Bukan apa saja nak korang muhasabah diri bulan2 posa nih..

bye ..jangan marah haaaaa...


Related Posts with Thumbnails