Jom Kelik-Kelik !

Dec 16, 2010

Konvensyen Perkhidmatan Kesihatan Pelajar IPTA 2010

Setelah "berkurun" lama aku bertapa di dalam gua..kini aku sudah selesai pertapaan itu. keluar-keluar jer dari Gua terus update blog....komputer aku bawak..tapi yelah dalam gua mana ada internet.
Rasa2 boleh terima ker alasan aku nih. Kalau korang boleh terima..koranglah blogger setia aku..cepat percaya..cepat percayaaa......


hari ni aku nak update kat korang ..gambar2 aku semasa menghadiri...
(eh tak yah taiplah kat bawah ada..heehee)
esshhh...emang dassar..!



 Suasana kat dalam Gua Ballroom Mahkota Hotel, Melaka
(tempat Konvensyen diadakan)


Petang tu lepas check in ..terus jer siap2kan apa yang patut.
ada dua cara kaedah perbentangan :
pertama : boleh buat persembahan pembentangan cara lisan 
 ( tunjuk slide & terangkan tapi tu kena naik atas stage ler...grrrr)
yang kedua : persembahan pembentangan poster
 Unit Kesihatan UiTM Melaka (opis i) memilih untuk membuat persembahan pembentangan poster..kalau ditanya oleh para panel pun kat situ jer ..

 sibuk tampal menampal & gantung-menggantong

 Sebelum aku sepah2kan bilik ni..kita amek gamba doluuuu...


kalau bilik aku cam nih kan best....


kalau belakang gumah aku cam nih kan bestt..hehee
view ni aku amek dari balcony bilik aku..

view dari tempat aku minum petang ..ehh kena sebut standard sket..
tempat aku hi-tea okayyy..

haa ni dari bilik...

macam Persidangan Umno pulak...
(muka2 orang kesihatan)

muka orang 'sihat"..hee


Doktor sedang memberi penerangan mengenai Kajiselidik yang dibuat
bersama Prof.Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said
 Timb.Naib Canselor HEP UiTM Shah Alam
yang tudung oren tu pulak...
Pengarah Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam
Dr. Zaiton Nasir


yang bawah nih pulak ..Dr. Posing !
 
ko kursus ker apa yon ??


masa nih paling suka ..makan sampai lauk nak terkeluar dari pinggan..
(tapi sayur aku banyak aper..kan? kan..)


salah satu information yang aku dapat ialah pasal penyakit charlie..
bukan charlies angel..penyakit ni selalu terdapat kat belah2 utara noo..esp. kat Kedah..sebab banyak kawasan sawah padi... kiranya macam kategori pop balada serangga lah..insect you know..insect..aku dapatlah tengok the real punya insect tuu..dia letak kat dalam botol..kecik jer pon..dia kalau gigit akan menyebabkan macam gambar kat atas tuu..teruk erk ? tapi macam kita yang tak dok kat kawasan sawah padi tak yah lah risau..
tapi tolong risaukan pasal Nyamok Aedes !

dan beberapa daripada UiTM lain yang menunjukkan Inovasi masing2.contoh macam mencipta satu bahan untuk dispray bagi menghalau lalat2 dengan mencampurkan daun kari & air..lalat sangat benci pada bau itu !
(ooohhh baaruuuu tahuuu....yer ker...ohhhh)hee ..aku lah tu.. 
korang cubalah !

dan adalah beberapa lagiii..inovasi tentang peralatan perubatan yang dicipta untuk memudahkan dan menjimat kos & masa..

suka gambar ni...sebabnya..
kalau kita nak nampak kecik..kenalah amek gambar dengan orang yang lebih besar daripada kita..

contoh kedua..
(bersama Naib Ketua Wanita Malaysia..kenal kenal tak ?? hee..acah jerr..
ada tokoh kan ?

tak sia-sia pinjam alas meja mak..


salah satu "hasil sentuhan" aku..
tang luar jer lahh..yang kat dalam tu...survey dibuat oleh Doktor & Prof.Madya (Pandai dalam menganalisa)

bersama rakan2 Unit Kesihatan Melaka & Kampus Bandaraya Melaka

disini diumumkan ..........TADAAAA ....!
Kita orang menang sebagai Naib Johan dalam Kategori
" Pembentangan Poster"
ehh..ramai tau masuk...seluruh IPTA di Malaysia.
(Bangga tuu..)

okay Tahniah kepada sumer !

2 comments:

  1. alamak..i dh conpius dh yg mana satu doktor nie??? sume2 dh mcm doktor dh...doktor cinta pun ada..he..he...

    ReplyDelete
  2. haah? gee conpius ? doktor cinta? u really make me double conpius..sape doktor cinta tuh gee? excited nak tahu nih..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails