Jom Kelik-Kelik !

Sep 30, 2010

rabun ke ijat ?

hari nih 30hb Sept 2010 ...pagi2 dah menuju ke Hospital Besar Melaka sebab nak check mata anak bujang tu..dia selalu mengadu...

"ibu mata ijat nih nampak macam jauuhhlah bu.."

sebenarnya aku kurang pasti dengan apa yang dimaksudkan dengan "nampak macam jauuhh" tu..
so bila dah kerap mengadu benda yang sama, naik risau aku dibuatnya..
manalah tahu kot2 betul dia rabun..adoii siannya si gebu tu..aku dah bawak dia pergi ke Kedai Cermin Mata ..tapi dia orang tak berani nak bagi result yang tepat kerana dia masih budak lagi..kena jumpa Doktor Pakar Mata kat Hospital jugak..yang tak bestnya bila staf kat kedai cermin mata tu cakap...

" kalau ikutkan bacaan nih..tinggi power dia nih..elok akak pergi jumpa Doktor kat Hospital dulu..."

nak tak nak..yelah kan... dah anak takkan aku nak buat tak tahu pulak..kalau dia tak ngadu ngan aku ngan sape lagikan ...soo..pagi2 lagi aku dah pergi bawak dia pergi ke Hospital Melaka...

adussshhh...cam biasalah kan..nama pun hospital Besar..pukul 8 tepat aku dah sampai ..carik tempat nak parking kereta macam nak RAK aku carik..dah penoh ! last2..ada kat belakang Klinik Otorpedik..ada kosong aku rasa mesti sebab kat situ jauh ke belakang ..sebab tu orang tak berapa suka nak parking..tapi ada bumbung tempat parking tuu..ingatkan untuk staf...tapi tak ada tulis apa2 pun..so aku apa lagi...masa tu pulak hujan renyai2..huwahhh !!..dah lah aku sendiri yang kena pergi..ayah pojie kojo ! tapi nyaris2 pagi tu aku tak accident..alhamdullilah..syukur sangat2...

aku tanya salah sorang staf India kat Hospital tu mana Klinik Mata ? (aku pasti itu bukan Patmanaban..hee takuutt) heheh..dia jawab..

"first time datang ker ? kalau first time datang kena ada surat rujukan dari mana2 hospital dulu. awak pergi Poliklinik Peringgitlah.." (adoii mane pulak poliklinik tu..)..aku buat2 faham arah jalan yang dia bagi tuuu..sebab aku dah "termengaku" aku orang melaka..ngehngehh...(area mane aku tahu lah tapi tempat yang sebetulnyer tu aku tak pasti..)

lepas tu telefon mak ...okay dah dapat carik ..mula2 tu tersalah masuk lorong jugak..tapi kena tanya oranglah kannn..kalau tak nanti ntah mana dunia aku pergii..

bila dah sampai macam biasa pergi mendaftar dulu...tunggu punya tunggu kat situ jer dah pukul 10 pagii..at last bila dah jumpa Doktor ..dan buat pemeriksaan..dia bagitau memang bacaan rabun tu agak tinggi..aku dah terbayangkan anak aku yang baru berumur 7 tahun tuu dah kena pakai cermin mata...ya allah kesiannya ....(tapi aku tengok dia macam excitedlah pulak ..ishh ishh..)

nantilah sambung okayy..jari mak dah lengooh nih..heee...

1 comment:

  1. ehem. tumpang tanya. saya pun ada masalah mata, ada benda masuk dalam mata, tapi takde effect apa apa cuma macam merimaskan/ em dah pergi tanya doktor kat klinik tapi dia suruh refer kat hosp melaka, bayaran dia macam mana ea kalau dia suruh pergi tegok kat doktor pakar?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails