Jom Kelik-Kelik !

Aug 11, 2011

Untuk aku sebenarnya...


Assalamualaikum semua ....Di saat aku update blog ini ..aku sudah ditugaskan di Bahagian lain..sekarang ini aku tidak bertugas di Unit Kesihatan lagi. Bukan aku seorang saja ditukarkan tetapi hampir 30 orang Pembantu Tadbir (kerani) & Pembantu Rendah Awam yang telah ditukarkan ke Bahagian lain. Jawatan macam aku ni memang takkan stay pada satu tempat sahaja...sekarang ni ada reshuffle secara besar2an..redha ajerlah. Cuma aku rasa tak berapa nak faham kenapa begitu cepat bertukar tempat kerana aku di Unit Kesihatan baru 2 thn 1/2 jer..ada tu baru tukar baru 1 tahun lebih pun dah kena tukar. Mengikut tatacara kerja reshuffer kat negara di Jepun...ianya akan dibuat untuk staf yang sudah berada di sesuatu bahagian itu selama 5 tahun ke atas sahaja..

Ada staf yang melebihi daripada 5 tahun tidak pula ditukarkan. Tapi cuma aku berpuas hati kerana aku pergi bukan kerana bos calonkan nama aku keluar....(Perfomance Appraisal aku ok tau bos bagi..hehee...) dia juga tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi kerana tidak diberitahu sedari awal ..masuk bilik mesyuarat ...tup tup terus diberitahu ..rasa macam nak demam masa tu..Tapi aku redha jer..mana bahagian pun sama janji kita lakukan kerja dengan ikhlas...insyaaallah...

Tujuan Benchmarking Unit Kesihatan ke Terengganu adalah kerana untuk meraikan perpisahan untuk MA kat tempat aku yang akan menamatkan tempoh kontraknya pada bulan Nov tahun nih ..tup2 balik jer dari Terengganu nama aku yang naik dulu..laaaaaaaaaaaaahaaaaiii....untuk aku sebenarnya...huwahhh...sian ko yon..!!




Bersantai bersama rakan-rakan tersayang....di bawah pokok di tepi
Pantai Pulau Kapas...sementara menunggu ketibaan bot.


Cantik sungguh pemandangan Masjid Kristal.. gambar ini di ambil daripada dalam bas.


Makcik yang bersanggol tinggi ni sedang sibuk membeli keropok yer..jangan kacau ..hahaaa..!


Nampak cam poyo jer pegi buat lawatan kat Taman Tamadun Islam (replika masjid2 yang terkemuka di dunia) ni pakai baju kurung..kalau diikutkan nama tempat tu memanglah sesuai tapi disebabkan aku kena berjalan dari satu replika masjid ke masjid yang lain alamak ai leceh sketlah kalau pakai baju kurung nie....Bayaran masuk adalah RM15.00. sebenarnya dorang tak mau balik hotel selepas daripada buat lawatan di UMT & UNisZa takot nanti dah balik Hotel ..perut dah kenyang , kena pulak aircond  dah tentu2 tak kuar bilik dah...zzzzzzzzzzzzz


Deretan challet di Pulau Kapas ...
Sungguh indah pemandangan di Pulau Kapas...

Gambar beramai-ramai semasa di Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Terengganu...

Selamat tinggal kawan2 tersayang yang berada di Unit Kesihatan UiTM Melaka & Kampus Bandaraya Melaka..sukerrr sangat keje kat situ sbb orang2 kat situ semuanya cool !..Seronok dapat merasa bekerja dengan orang2 perubatan yang sebelum ini aku belum pernah rasa pengalaman yang aku sangat2 hargainya ..terutamanya bila kena bertugas semasa wabak H1N1 melanda dua tahun lepas ....fuuhhh dengan aku2 sekali kena jadik nurse ..hehee...

 tapi dalam banyak2 gambar di Terengganu...
ini adalah gambar misteri pada aku..
cuba tengok apa yang nampak misteri?
cuba nengok sebeleh kanan aku...
nampak?
sudah nampak?
itu belakang ada kubur..
huhuuu...

2 comments:

  1. alahai..wa tumpang sedih gak nie..tp i know u can do it wherever u r... chaiyok!..klu boss baru x reti wat keja nnt..u take over jd boss...klu x sure keja pending..ngeh..ngeh..

    rasa ejaan reshuffle bkn reshuffer kn..i tau u mmg tgh suffer..sabar ye long...KAU HARUS SABAR!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails