Jom Kelik-Kelik !

Mar 9, 2011

Ikan Sembilang Masak Lomak Cili Api


Poi Pokan naik basikaaaa..tongah ari tongah paneeh..apoo dayoo motong gotah..apo nak dikato. (Motong gotah nijam kayo). Itu adalah intro untuk mengambil mood untuk masakan nogori kita untuk hari ini yer ton ton dan pon pon sekalian alam. Kalau rasa-rasa macam dah terkecur air liur tu harap bersabarlah yer. Ikan sembilang ni kalau nak buat masak lomak cili api memang sodap salai dulu..eh nak cakap salai ker panggang erk? salai kot..salai..ha betullah..(tanya lepas tu jawab sendiri). nak nampak lebih masakan ala-ala lalong kampung sila gunakan pinggan pemberian dari nenek moyang kita..cam pinggan yang aku guna tu.

Lauk ni menjadi bertambah-tambah sodap apabila ditambah dengan rebung dan belimbing bosi...haaa.....menangis kegembiraanlah ko makan. OMG ! emmm yummy yummy  (first time guna ayat ni blogger lain guna aku nak gak). eshhh tak sessuaaaiii guna ayat OMG tu kalau makan chicken chop okaylah..camni camni.. " Maakk aiii sodap eeeeeeyaiii.."

okaylah akhir kata : Itu ayah poji yang masak.hehee

2 comments:

  1. omakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...... huwaaaaaa dulu2 kt kg mak den slalu msk ikan salai cam neh... hukss3 sedapppp

    ReplyDelete
  2. Faizaharis-la cian dia..omak ado laie tak? kalau ado suruh yo masakkan cam nia..memang sodap. hari tu maso adik akak kawin ado buek menu cam nia..gamai orang suko..heee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails