Jom Kelik-Kelik !

Nov 26, 2010

Hari-hari macam ni kan besstt....

*Hidangan LUNCH Hari Selasa*

Ikan Cencaru Bakar /sambal kentang & ikan bilis goreng /Telur Dadar & Air Ribena
daging bakar tu tak bleh makan lg sebab nak masak untuk esok
sorry pinggan campur2 mana yang sempat jerr...kahkah

Waaahh..seronoknya kalau macam ini hari-hari..balik rehat tengahari..
 Ayah Poji dah sediakan LUNCH . tapi tak adalah special sangat ..tapi okaaylah sebab lelaki yang masak..tak gitu ? Selalunya dia ikut angin jer kalau nak masak..minggu ni...setiap hari berturut2 pulak..syukur sangat sekarang kerja boleh balik rumah sebab dekat sangat (5 minit jer)..kalau dulu jangan haraplah..

"Hidangan LUNCH Hari Rabu"
Daging Bakar Masak Lomak Cili Api campur Rebong /Telur Dadar & Air Oren Sunquit
(ehhh ...sambal tu panaskan semalam punya jerr...)

eeeemmm ...

*Hidangan LUNCH hari Khamis*
"Masak Cendawan & Ayam campur2..hee../ikan cencaru masak asam podeh/telur dadar


*Hidangan LUNCH hari Jumaat*
Ayam masak kari, ulam kcg botol & telur dada (wajib ada) & air ribena



Kesimpulannya : Tak semestinya kahwin dengan suami anak bongsu
 nih ...tak pandai masak..kan?kan?

AKAN TETAPI !!

kalau lelaki tu lelaki jugaklah....
Ciri-ciri keselamatan di dapur kurang diambil kira..
contoh ?? nak aku bagi contoh? okay bolehh..

pertama : pernah ayah poji masak..aku tolong kemas dapur.aku bukak peti ais tiba-tiba pisau jatuh daripada atas peti ais tuu...nasib baik aku sempat mengelak kalau tak ...Ya Allah haii..tak ker terpacak pisau tu atas kepala aku..huwaahh...

Kedua : suka buat kerja siang-menyiang dan potong-memotong kat bawah ..lepas tu dah selesai tinggal jer kat lantai..pisau dan segala bagai mak nenek..
tak pikir kalau anak isteri terpijak..tak ker..terpacak kat tapak kaki.??

Ketiga : kalau masak tak reti kurang tahu nak nyambil-nyambil cuci pinggan ..selesai jer masak ..MASYAALAH ana punya singki manyak fenoohh....

tapi sekarang dah okay sket mungkin ayah poji malas nak dengar aku pok pek pok pek kot....heee...( membebel untuk kebaikan.....tak salah kan..)

tapi setiap kali selesai makan aku tak penah lupe..ucap kat dia
"terima kasih..bang.." (appreciate okay..)

Minggu depan aku kena masak sendiri semula sebab Ayah Poji dah kena keje shif pagi..huhuu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails